Cucu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza iaitu Arif Jiwa Asyraf telah meraikan ulang tahun hari jadinya yang ke- 2 tahun pada Ahad lalu.
Tidak memililh tempat yang mewah dan grand, sebaliknya Tya Ariffin dan suaminya, Asyraf Khalid memilih lokasi Rumah Anak Yatim Titian Kasih, KL bagi meraikan birthday party itu.
Dalam pada itu, Tya turut memberi dedikasi buat anak sulungnya itu.
“Terimakasih Jiwaku, kamu sudah mengisi hari menjadi warna, merubah duka menjadi suka, membuat lara menjadi tawa.
“Terimakasih Jiwaku, kamu sudah banyak mengajar Ibu, mengajar arti sabar, memahami gerak gerikmu, menjadikan sebuah pengalaman sangat berharga.
“Terimakasih Jiwaku, kamu sudah tumbuh menjadi anak yang sangat Ibu dan Ayah sayangi, cintai dan kasihi.
“Doa ibu, semoga dengan hadirmu di dunia, bisa merubah apapun menjadi lebih baik. menjadi anak yang sholeh, bisa membawa orangtuamu ke syurga, Amin Ya rabbal allamin.
Selamat Ulang Tahun yang ke-2 Belahan Jiwaku, Arif Jiwa @arifjiwaasyraf ? @jiwakukids Dari Ibumu yang selalu dan akan selalu ada disampingmu,” tulis Tya yang sudah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada November 2015.
Selepas penyanyi Heliza Helmi sertai akriviti kemanusian di Gaza, kini giliran pelakon Ardell Aryana pula terlibat dalam aktiviti sama.
Perkara itu dikongsikan Ardell di Instagramnya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah.. saya tak sangka misi pertama saya akan bermula secepat ini , sepatut nya saya akan ke palu indonesia pada bulan ramadhan nanti . Tetapi tadi saya terima panggilan dari pihak @ydkmm_official saya kena kesana , flight saya kesana awal pagi esok untuk misi kemanusiaan & bencana alam “ #Gempa “ yang berlaku sejak beberapa hari lalu di sana .
“Saya akan ke palu, sigi , donggala, petobo ,sulawesi tengah .. doa kan perjalanan saya semua & doakan semoga palu indonesia tidak melalui tsunami ? yang dasyat seperti tahun lepas .
“Terakhir yang diberitahu saya beberapa hari lepas gegaran 6.9 yang berlaku disana oleh itu , jika ada yang nak mewakafkan rezeki anda buat bantuan yang akan kami berikan kepada mereka ..
“Saya amat lah menerima dengan hati terbuka & berterima kasih kepada awak semua followers saya ??? , tak kira berapa RM pun yang awak beri saya terima ?. MAYBANK RASMI @ydkmm_official : 564294307891 .
Pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin terpaksa meninggalkan anak kesayangan, Aqeef Anaqi atas urusan kerja.
Dalam pada itu, Amar sempat merakam momen perpisahan dengan Aqeef sebelum berangkat ke Prague, Czech Republic.
“I tenung je screen ni xtau nak letak caption apa.. type delete type delete.. Airmata dah dua baldi…haha.. Siapa pernah rasa apa i rasa?,” tulis Amyra.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya