Ads

Wawa Zainal Khuatir Anak Sulung Masih Belum Pandai Bercakap

Pasti ramai yang mengikuti perkembangan keluarga pelakon Aeril Zafril dan isterinya, Wawa Zainal di Instagram bukan.

Baru-baru ini menerusi Instagram milik Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, dia ada memuat naik gambar anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang yang kini sudah berusia empat tahun.

Namun, apa yang membimbangkan pelakon itu, anak sulungnya masih belum boleh bercakap dan kini hanya boleh bercakap dalam empat perkataaan sahaja. 

Malah, wawa turut meminta pendapat dan tip daripada peminat dan pengikut IGnya untuk berkongsi dengannya.

Ads

“Assalamualaikum…. Attar 4 tahun da tapi belum pandai cakap lagi..4 words je bole cakap..mommies…korang ade tak anak lambat bercakap?? #Sharingiscaring” ujarnya di ruangan kapsyen.

Ruangan komen di Instagram Wawa juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian para ibu di laman sosial yang meninggalkan komen.

Perkongsian wawa telah menerima lebih daripada 28,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya telah berkongsi pengalaman serta tip yang boleh dilakukan oleh Wawa untuk menyelesaikan masalahnya.

Ads

Antaranya, ada yang menyuruh Wawa agar kerap berbual dengan anaknya, ada juga yang menyuruh Wawa berjumpa dengan pakar kanak-kanak.

Bagainmanapun, ada juga peminat yang berkata mengalami masalah yang sama terhadap anak mereka.

Ads

Wawa Zainal Khuatir Anak Sulung Masih Belum Pandai Bercakap

Aeril Zafril dan Wawa Zainal berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang kini berusia dua tahun.

Wawa Zainal Khuatir Anak Sulung Masih Belum Pandai Bercakap

Wawa Zainal Khuatir Anak Sulung Masih Belum Pandai Bercakap

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.