Nampaknya kes dua tahun lalu yang membabitkan kedua ahli kumpulan Elite iaitu Watie dan Hana ‘dibangkitkan’ semula apabila Watie dikatakan gagal melunaskan hutang samannya kepada Hana.

Seperti yang semua tahu sebelum ini Hana telah memfailkan saman terhadap rakan kumpulannya pada 10 Mac 2015 kerana membuatkan dirinya jatuh muflis setelah bersetuju meminjamkan nama dan membayar duit pendahuluan kereta jenis Toyota Wish.

Setelah mendapat keputusan dari pihak mahkamah, Watie didapati bersalah dan harus membayar ganti rugi sebanyak RM 707, 351.83 kepada Hana.

Namun sehingga hari ini Watie gagal membayar ganti rugi tersebut hingga membuatkan Hana menfailkan saman penghutang penghakiman di Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini.

Malah dalam pemohonan itu, Hana turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie selaku penghutang gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung kegagalannya membayar hutang.

IKLAN

Wati Elite Terima Saman Kedua Setelah Gagal Bayar Hutang RM 707,35183?

MH Online difahamkan punca utama mengapa Watie gagal membayar ganti rugi tersebut kerana jumlah yang dikenakan terlalu tinggi dan tidak berkemampuan.

IKLAN

Bagaimanapun, Hana tidak hadir dan hanya diwakili peguam Tengku Nadiatul Hanim Tengku Mohamad Nasser sepanjang prosiding dijalankan.

Mengupas semula laporan terdahulu, Hana telah membuat pinjaman bank sebanyak RM 150,000 bagi pihak Watie bertujuan untuk membeli sebuah kereta Toyota Wish.

IKLAN

Namun penyanyi dan pelakon terbabit gagal mematuhi syarat yang telah ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insuran dan perkara berkaitan sejak September 2010.

Pada 2013, Hana telah disekat oleh pihak imigresen apabila ingin ke Singapura dan baru dimaklumkan tentang status muflisnya.

Kerana terkejut dan malu, Hanna membawa perkara ini ke muka pengadilan kerana ia mendatangkan malu serta memberi kesan negatif dalam kerjayanya.

SUMBER : Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI