Berjaya menjiwai watak perempuan simpanan dan gadis kelab malam dalam drama Lambaian Huda terbitan Viu, pelakon Siti Hariesa berharap penonton dapat membezakan antara lakonan dan kehidupan peribadinya.

Menurut Hariesa, watak Suzy hanyalah sekadar tuntutan skrip dan bukan mencerminkan siapa dirinya yang sebenar.

Watak ‘Sugar Baby’ & Gadis ‘Club’ Menjadi, Siti Hariesa Minta Jangan Disamakan Dengan Kehidupan Sebenarnya

“Saya harap orang tak samakan dan skeptikal mengenai watak saya itu. Saya hanya mainkan watak. Itu bukan diri atau kehidupan sebenar saya.
Saya orang yang berbeza.

“Siti Hariesa ialah Siti Hariesa dan begitu juga dengan Suzy. Saya harap penonton dapat bezakan di antara watak dan diri sebenar saya,” katanya kepada MH.

Hariesa berkata demikian ketika sesi ramah mesra bersama peminat di The Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut, pelakon ini mengakui dirinya sebenarnya kurang selesa dengan karakter tersebut namun tetap menerima cabaran sebagai pelakon profesional.

Ads

Watak ‘Sugar Baby’ & Gadis ‘Club’ Menjadi, Siti Hariesa Minta Jangan Disamakan Dengan Kehidupan Sebenarnya

“Seperti kita tahu, watak Suzy ini merupakan pekerja kelab malam. Dia penyanyi dan seorang GRO.

“Sebenarnya, saya kurang selesa untuk bawakan watak ini namun, saya faham ini adalah tuntutan watak.

“Ini satu cabaran buat saya kerana watak ini bukan mudah terutamanya ketika babak saya harus melayan lelaki,” jelasnya.

Ads

“Saya Tak Perlu Sugar Daddy”

Meskipun membawakan watak gadis yang sering dieksploitasi oleh lelaki kaya, Hariesa menegaskan bahawa kehidupan peribadinya jauh berbeza.

Katanya, dia tidak pernah menerima sebarang tawaran untuk menjadi ‘sugar baby’, dan masih mampu berdikari serta menanggung kehidupannya sendiri.

Watak ‘Sugar Baby’ & Gadis ‘Club’ Menjadi, Siti Hariesa Minta Jangan Disamakan Dengan Kehidupan Sebenarnya

Ads

“Saya tak pernah terima tawaran untuk menjadi ‘sugar baby’. Saya ada duit sendiri dan tak perlukan mereka. Hidup saya baik-baik sahaja,” katanya tegas.

Tambah Hariesa, drama Lambaian Huda juga menyelitkan mesej yang kuat berkaitan perubahan diri dan keinsafan, termasuk buat golongan yang bekerja di kelab malam.

“Pada saya, jangan menilai orang dari luaran. Semua orang ada jalan masing-masing dan iman dalam diri.

“Semua orang boleh berubah dan menerima hidayah. Saya percaya itu,” kongsinya lagi.

Selain Siti Hariesa, Lambaian Huda turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Elvina Chua, Fauzi Nawawi, Yuna Rahim, dan Fendi Bakry.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads