Heboh di media sosial tentang penyanyi rap, Waris dikatakan telah mencari pasal dengan rapper Underground sehinggakan pihak rapper Underground telah memuat naik komen yang ditinggalkan Waris mengenai mereka.

Menerusi akuan Instagram @malaysiahiphop, mereka tidak bersetuju dengan cara Waris meluahkan rasa tidak puas hatinya yang dianggap kurang ajar dan beranggapan ada cara lebih baik untuk diselesaikan.

Waris Buat Report Polis Difitnah Di Media Sosial

Malah, Waris turut dituduh lupa diri kerana dia juga bermula sebagai artis ‘underground’.

Disebabkan komen yang agak pedas itu, ianya telah mengguris ramai rappers yang memulakan kerjaya mereka sebagai rapper underground.

IKLAN

Dalam masa yang sama, admin akaun Instagram Malaysiarising turut meminta agar isu mereka ini tidak lagi diperbesarkan kerana tidak mahu ianya menjadi lebih buruk sehingga mencemarkan periuk nasi orang lain.

Waris Buat Report Polis Difitnah Di Media Sosial

Namun, isu ini berlarutan memaksa Waris untuk menjelaskan segalanya di Instagram miliknya bahawa Instgramnya telah digodam dan menganggap ada individu yang cuba menjatuhkan reputasinya.

IKLAN

Waris juga berkata dia tidak ingin menuduh sesiapa dan dia juga sempat bepesan kepada pelaku sebelum membuat editing, tolong belajar loghat negeri sembilan dahulu kerana loghat yang digunakan individu terbabit tidak betul.

Waris Buat Report Polis Difitnah Di Media Sosial

IKLAN

“Saya tidak buat sebarang statement seperti ini. Di hack atau tidak,pastinya ingin menjatuhkan saya.Menuduh siapa yang buat pun bukan jenis saya,jadi saya serahkan pada anda. Hanya pertahankan diri ,kerana mereka datang dan pergi.” Tulisnya dilaman tersebut.

Dalam masa sama, Waris turut membuat laporan polis berkaitan isu ini dan berharap agar individu yang telah menggodam akaun Instagramnya itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Waris Buat Report Polis Difitnah Di Media Sosial

“Sey dah buek repot polis berkaitan fitnah di media sosial yg dibuek oleh akaun yang tak bertanggungjawab.Yang menyebarkan tanpo usul perikso pun akan kono.”

 

 

“Satu-satu akan di peteng.Untuk sebarang tindakan..biarlah pihak berkuaso buek siasatan dan dibawo ko muko pengadilan.Terimo kasih IPD Seremban @skmm_mcmc.” katanya.

Sabar ye Waris, sudah menjadi lumrah manusia banyak ragam, tak boleh tengok orang lain senang sikit. Ada je yang tak puas hati sampai sanggup buat fitnah macam ni.

MH juga harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI