Uncategorized

Wany Hasrita Ditahan & Dikuarantin Kerana Influenza B, Moga Cepat Sembuh Wany!

Share

Terkejut MH bila melihat perkongsian Khai Bahar baru-baru ini yang berkongsi keadaan Wany Hasrita.

Melalui ruangan kapsyen Khai Bahar, MH difahamkan Wany telah dikejarkan ke hospital jam 7 pagi tadi.

Menurut Khai, doktor mengesahkan Wany telah dijangkiti virus Influenza B dan kini di kuarantin di dalam wad.

Sebenarnya Khai hanya repost semula gambar dan kapsyen yang telah dikongsikan oleh admin yang menjaga akaun Wany.

Apapun MH doakan semoga Wany kembali pulih seperti sedia kala.

IKLAN