Membesar tanpa nikmat kasih sayang ibu bapa tidak pernah mematahkan semangat ahli perniagaan Norsidayati Mustari dari Tawau, Sabah untuk terbang tinggi.
Wanita berusia 32 tahun yang mesra disapa Sis Bell ini kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Sufiah Habib Zain yang bekerja sebagai penjual sayur sejak usianya lima tahun.
Manakala bapanya, Allahyarham Mustari Subutanratu yang berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai buruh kasar pula meninggal dunia saat dia berumur 19 tahun.
Dalam tempoh tanpa ibu dan bapa, wanita yang kini sukses mengusahakan produk kecantikan jenama Beautyspells, dijaga oleh makcik dan nenek tersayang.
Mengambil inspirasi berdasarkan kisah lalu yang dilalui, Sis Bell menzahirkan naskhah itu menerusi tiga video drama pendek berjudul Kerinduan Seorang Anak. Ia dipromosikan secara tiga bahagian di akaun Facebook rasminya, Bell Mustari sejak 29 Julai lalu.
Sementara siri kedua dan ketiga telah pun dimuat naik pada beberapa hari lalu dan yang terakhir, hari ini.
“Saya tahu untuk berkongsi kejayaan dikecapi ini dengan ibu bapa sangat mustahil. Mereka lebih dulu pergi meninggalkan saya. Hanya rasa rindu yang mencengkam ketika mengenangkan mereka.
Ads
“Saya hanya mampu sedekahkan Al Fatihah untuk mereka yang telah pergi. Walaupun saya dibesarkan tanpa ibu bapa, namun saya mahu mereka yang senasib untuk terus kebalkan hati dan semangat.
“Begitu juga yang masih punyai ibu bapa untuk hargai peluang dan cipta kenangan bersama. Kita takkan pernah tahu siapa dulu yang akan menyahut seruan Ilahi,” katanya.
Menurutnya lagi, selepas kematian ibu, arwah bapa terpaksa pulang ke tanah asal di Indonesia atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Dari usia lima hingga 19 tahun saya tak sempat bersua muka dengannya. Makcik yang menjaga saya dan dipanggil sebagai mak ada bersua dengan bapa. Saya hanya mendengar khabar dan keadaannya daripada orang yang menyampaikan.
“Saya dapat tahu kekangan kewangan dan masalah dokumen perjalanan membataskan kembaranya ke Malaysia. Dalam tempoh itu, saya hanya sempat berhubungan dengannya menerusi telefon sebanyak dua kali.
Ads
“Masih segar ingatan saya terhadap pesanannya untuk menjadi anak berguna dan membanggakan orang tuanya,” katanya yang menyifatkan kejayaan membina empayar perniagaan sejak 2014 di bawah syarikat Beautyspells Sdn Bhd di Sabah atas hasil usaha dan kekuatan diri.
“Orang selalu cakap nak berjaya kena ada sokongan keluarga, ibu bapa dan orang tersayang. Tapi dalam kes saya, ibu bapa sudah tiada untuk melihat kejayaan dikecapi.
“Saya hanya mampu berkongsi dan meminjam kasih sayang nenek dan makcik. Namun kekuatan sebenar yang saya belajar sedari dulu ialah diri sendiri yang menjadi penyokong terhebat.
“Walaupun belajar setakat SPM, saya tak pernah melihat itu sebagai halangan untuk menjadi insan berguna. Beautyspells menjadi bukti kepada susah payah dan pergelutan selama ini. Setiap yang terjadi ada hikmahnya untuk kita jadi lebih kuat,” katanya.
Ads
Sis Bell pada masa sama berharap video dihasilkan bukan saja untuk kenangan dirinya tetapi boleh menjadi renungan bersama buat semua.
Berkongsi mengenai video yang dihasilkan, Sis Bell menjelaskan sejak awal berniaga, sudah 10 video dihasilkan. Malah skrip setiap video drama itu dihasilkannya bersama pasukan kerja.
“Video yang dihasilkan kebanyakannya menampilkan saya sebagai pelakon. Satu sebab jimat kos dan cuba untuk belajar serta menimba pengalaman. Pelakon lain yang terbabit pun sama dengan tak ada pengalaman.
“Saya ini bukan pelakon hebat pun. Tapi tidaklah kaku sangat. Saya menonton drama atau filem pun selalu didorong sebab penceritaan atau plot. Tapi sejujurnya, saya minatlah juga dengan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Nelydia Senrose, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.
“Dapat berlakon rasalah ‘feeling’ macam pelakon kesukaan saya itu. Cukuplah berlakon dalam video produksi sendiri,” selorohnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datin Elvina Mohamed tampil membuat permohonan maaf selepas penampilannya yang dikatakan agak seksi dan keterlaluan ketika memeriahkan acara Kuala Lumpur Fashion Fashion Week (KLFW) yang diadakan baru-baru ini.
Menurut Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad, 27, dia sekadar menggayakan gaun pendek berona ‘off white’ itu sebagai tanda sokongan terhadap koleksi terbaharu rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam.
“Salah saya sendiri, tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku.
“Tak adalah saya pakai baju macam itu hari-hari. Saya gayakannya ketika hadir memberi sokongan kepada Alia Bastamam.
“Alia juga minta saya gayakan baju itu yang mana koleksi terbaharu itu akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Saya minta maaf sekiranya pemakaian tersebut buat anda rasa tidak selesa namun baju itu hanya untuk acara tersebut,” katanya.
Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu juga tidak menafikan berkemungkinan pengikut di laman media sosial miliknya tidak dapat menerima imej ‘daring’ tersebut berikutan dia sering tampil dengan watak wanita lemah lembut di kaca televisyen.
“Saya rasa mungkin itu juga menjadi punca. Selama ini saya sering bawa watak lemah lembut dalam drama. Mungkin disebabkan itu, mereka terkejut nampak saya pakai begitu.
“Sekali lagi saya tekankan, saya cuma menyokong Alia Bastamam untuk koleksi busana terbaharunya… itu sahaja,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elvina Mohamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Nabila Razali berkongsi beberapa keping foto di Instagram bersama-sama hadiah hari lahirnya iaitu sebuah Vespa 946 Christian Dior Edisi Terhad yang cukup menarik perhatian.
Difahamkan, penyanyi lagu Peluang Kedua sebelum ini sudah pun memiliki Vespa Edisi Primavera Sean Wotherspoon.
“Meet my Baby Dior! Comey macam tuan dia kan? Kalau nak ajak gi ride roger je okay!,” tulis Nabila pada ruangan kapsyen.
Sementara itu, Nabila menerusi saluran YouTube secara terperinci berkongsi mengenai vespa berkenaan dan turut melakukan sesi ‘unboxing’.
“My birthday gift became early this year. Bella (Nabila) tunggu ni bukannya seminggu dua tau. Tunggu setahun baru dapat, sampai ke tangan.
“Sebelum ni, Vespa ada buat kolaborasi dengan Emporio Armani. Yang itu all black, cantik juga. Tapi waktu saya tahu, ia sudah pun lama. Jadi saya macam… tidak mengapalah maybe next time kan.
“Tapi waktu tu saya baru sahaja beli Vespa Primavera Sean Wotherspoon tu. Ada nampak booklet dekat situ, Christian Dior,” katanya.
Nabila turut berkongsi keistimewaan skuter berkenaan yang turut didatangkan dengan kotak belakang cacahan logo Dior.
Malah, nama pemilik turut ditulis bahagian sisi Vespa selain menampilkan pelana tunggal dengan motif Dior Oblique.
Sejurus melakukan ‘unboxing’ Nabila turut dirakam bersiar-siar dengan vespa berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu klip pendek yang dikongsikan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum memulakan persembahan di Instagram mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Siti yang mesra disapa TokTi dan pekerja hotel yang sedang membawa dulang dilihat masing-masing terkejut, menyebabkan Siti cuba mengelak sebelum masuk ke dalam dewan.
Pada Sabtu lalu, Siti menghiburkan kira-kira 600 peminatnya di dalam sebuah ‘showcase’, Queen Of The Night Siti Nurhaliza di Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, situasi terkawal dan penyanyi Anta Permana itu turut menulis kapsyen seloroh.
“Moment sebelum masuk dewan .. hehehe.. Tanjat hadek. Saya pun rasa adik waiter tu terperanjat tengok saya. Tapi Alhamdullillah, takde apa-apa berlaku. Pinggan tak pecah dan saya perform macam biasa. Heheheh..(nasib baik saya tak latah, kalau tak dah keluar silat pulut saya tau!),” tulisnya.
“Nasib baik tak jatuh, terkejut sangat tu,” komen Nadia Brian.
“Harap waiter tu komen nanti kat sini,” respon seorang peminat.
“Alamak kita pun terkejut sekali,” antara komen lain yang tertera.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 75,000 tanda suka.
Terdahulu, ‘showcase’ yang mengambil tema Wanita & Inspirasi itu, Siti menghiburkan tetamu yang terdiri daripada golongan B40 menerusi seleksi 15 buah lagu, termasuk yang didendangkan secara medley.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.