Pengacara dan pelakon terkenal, Hawa Rizwana telah mencipta kenangan dan rekod peribadi apabila telah berjaya menawan puncak gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Hawa Rizwana atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Redzuan berkongsi beberapa foto dirinya yang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada jam 6.00 pagi pada tanggal 14 Ogos lalu.
Hawa Akui Gemar Lakukan Aktiviti Lasak
Untuk rekod, personaliti televisyen berusia 27 tahun ini sememangnya amat meminati aktiviti sukan lasak dan sering memuat naik aktiviti riadah pilihannya antaranya termasuklah berbasikal dan hiking.
“Saya sukakan aktiviti lasak sejak dahulu, jadi perkara itu tidak jadi masalah kepada saya dan saya juga suka mencuba aktiviti ekstrem ini,” katanya.
Ads
Menurut Hawa lagi, penglibatan dirinya dalam penggambaran program Real Man Malaysia: Wira Merah banyak mendedahkan dirinya dengan aktiviti lasak apatah lagi dia perlu menghabiskan masa dengan berlatih tinju, berbasikal dan aktiviti larian demi menyiapkan diri dari aspek fizikal sebelum penggambaran program terbabit.
Sukan Ekstrim & Lasak Refleks Stamina
Ads
“Apa yang saya sedar ialah saya seorang yang mampu berdaya saing kerana jika saya tidak boleh satu aktiviti itu, saya cuba sedaya upaya untuk hadapi semua halangan.”
Gadis berusia 27 tahun ini berjaya membuktikan apa sahaja mampu dilakukan sekiranya mempunyai keazaman dan keinginan untuk melakukannya.
Ads
Apa yang penting, dia membuktikan stamina dan kekuatan fizikal dan mental wanita sememangnya kuat dalam berhadapan apa jua cabaran. Syabas Hawa Rizwana!
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kakak kepada Ruhainies yang juga pelakon, Nur Risteena turut memberikan respon berhubung dakwaan khalwat melibatkan adiknya itu bersama rakan artis, Aliff Aziz pada jumaat lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Risteena di ruangan Insta Stories, dia menjelaskan dakwaan yang bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tiba di kediaman Ruhainies pada jam 3 pagi adalah tidak benar.
“Jam 11 lebih JAWI dah sampai di rumah, bukan jam 3 pagi. Yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan Aliff juga sedar tentang khilaf mereka dan telah pun mohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka,” tulisnya.
Dalam pada itu, Risteena menjelaskan dia tampil berkongsi berhubung hal berkaitan untuk memperbetulkan situasi sebenar.
“Kebetulan malam tersebut memang planning ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” jelanya.
Malah, dia turut memuat naik tangkap layar mesej perbualannya bersama Ruhainies pada hari kejadian.
“Ya saya sepatutnya berada di sana sama sama tapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.
“Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 pm. Isu 3 pagi JAWI datang ke rumah adalah tidak benar,” tegasnya lagi.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff tampil memberikan penjelasan berkenaan hangat itu menerusi media sosial masing-masing, pada Khamis.
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu para wanita khususnya yang berhijab contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada para hijabi yang sedar, cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk anda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Syarikat Grand Bullion Gold Sdn Bhd (GB Gold Malaysia) menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan selebriti popular, Alif Satar sebagai duta bertujuan memantapkan jalinan kerjasama dalam bidang masing-masing di negara ini.
Menerusi kerjasama itu, GB Gold yakin mampu mengukuhkan kedudukan perniagaan jual beli emas, selain dan pemilihan artis serba itu dilihat sebagai tarikan kepada orang ramai untuk memilih emas sebagai simpanan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahfizzam Moideen berkata, selepas memperkenalkan inisiatif jual beli emas merangkumi kedai fizikal dan tawaran jualan dalam talian dengan konsep patuh syariah bulan lepas, pihaknya terus menganjurkan kempen seperti memperkenalkan rekaan baharu emas gold bar dan emas dinar yang kebanyakan sebelum ini hanya berbentuk petak dan bulat.
“Alif Satar dipilih sebagai salah satu usaha GB Gold menyebar luas maklumat mengenai kelebihan menyimpan emas. Beliau terpilih bersandarkan kepada prestasi konsistennya sebagai artis serba boleh di samping mempunyai idea-idea baharu, dan positif.
“Istimewanya Alif Satar, dia selalu membawa idea segar dan baharu malah mengambil kesempatan dirinya yang popular untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan termasuk dari sudut kerohanian.
“Makah dia juga antara penyimpan emas tegar dan itu bertepatan dengan kempen GB Gold Malaysia. Alif bukan sekadar membawa jenama ini, tetapi akan berkongsi pengalaman sepanjang menyimpan emas dan mendidik masyarakat tentang kelebihan dan kepentingannya.
“Sempena lantikan Alif Satar dengan kontrak sebagai duta selama 15 bulan bermula Mac ini, kami turut melancarkan Alif gold bar dan Alif dinar yang berbentuk huruf ‘Alif’ yang pertama di Malaysia.
“Di atas rekaan huruf itu, diukir dan tertera ‘hayya a’lal falah’ yang bermaksud marilah menuju kejayaan dan kemenangan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa & Memperkenalkan Duta Alif Satar di Forest Valley Hall, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Turut hadir pada majlis sama ialah Pengerusi Eksekutif dan Penasihat Syariah Elzar Shariah Solutions & Advisory, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Ketua Pegawai Operasi GB Gold Malaysia, Mohd Afiq Ahmad dan Pengurus Besarnya Norhana Osman.
Shahfizzam menambah, pihaknya turut menandatangani perjanjian dan mengumumkan penajaan kepada Alif Satar dan The Locos yang akan mengadakan konsert jelajah United Kingdom 2024.
“Lebih istimewa mereka yang membeli salah satu rekaan terbaharu jenama Alif Satar hari ini, berpeluang menerima hadiah emas 999.9 seberat 100 gram yang bernilai RM35,000.
“Kami akan sentiasa membawa aspirasi emas dengan bentuk-bentuk baharu dan di pasaran dengan kelainan dan berbeza daripada rekaan yang sedia ada di pasaran. Selain lantikan duta, kempen diteruskan dengan rekaan baharu mengikut musim, antaranya edisi khas hari sambutan jururawat, sambutan hari kemerdekaan, musim raya Aidil Adha dan sebagainya.
“GB Gold yakin kempen akan mencapai sasaran kerana emas tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan masyarakat namun kami akan terus memberikan pendedahan dan pengetahuan menyimpan emas dengan cara betul,” katanya.
Selain menawarkan kedai emas fizikal di Seksyen 13, Shah Alam Selangor, syarikatnya mendapat jualan antara tertinggi di Malaysia terutama dalam pasaran dalam talian, tiktok.
“Kepada mereka yang berminat untuk menyertai rangkaian agen GB Gold Malaysia dialu-alukan kerana model yang ditawarkan memberi pulangan yang baik.
“Selain itu, sistem yang digunakan mampu menjana pendapatan pasif, bermaksud dengan usaha sekali, hasil berkali- kali melalui konsep Referral iaitu strategi pasaran yang popular ketika ini,” katanya lagi.
Untuk informasi lanjut, boleh layari laman rasmi GB Gold Malaysia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini