Tidak dinafikan, satu perkara yang harus dihadapi individu bergelar selebriti ialah ada segelintir peminat yang akan datang menyerbu dan ingin bergambar, tidak kurang juga ada yang fanatik hingga sanggup ikut ke mana sahaja!

Apabila sudah terlalu ramai yang harus dilayan, mulalah ada cerita ada artis ‘tarik muka’ bila kena layan peminat.

Bagaimanapun bagi Wani Kayrie dia memahami tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya apabila bergelar penyanyi.

“Bagi Wani, tengok tempat jugalah tapi Wani rasa itu satu benda yang best walaupun kadang-kadang kena tarik, kita faham sebab mereka buat begitu.

“Pada Wani, orang buat macam tu sebab kenal kita, betul-betul nak ambil gambar dengan kita, kiranya mereka betul-betul menghargai kita,” katanya kepada Media Hiburan.

Wani berkata demikian ketika ditemui di The Stage Raya di Karnival Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini.

IKLAN

Wani Kayrie Tak Kisah Kena Tarik Dengan Peminat Sebab…

Sementara itu, Wani juga berkongsi bakal memasuki studio bagi rakaman single baru.

IKLAN

“Awal ramadan, Wani banyak berehat dan kini dah nak raya ni, Wani dah mula masuk ke studio untuk record lagu baru.

“Setakat ini, ada beberapa lagu yang Wani terima tapi pada Wani sendiri nak pilih lagu yang terbaik sebab target Wani nak ke Anugerah Juara Lagu (AJL),” katanya lagi.

Dari segi pelajaran pula, Wani yang juga mendapat keputusan cemerlang semasa Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun lalu mengakui ada mendapat beberapa tawaran untuk menyambung pengajiannya.

IKLAN

“Adalah dapat beberapa offer tapi Wani tertarik dengan jurusan perakaunan. Ada satu Universiti menawarkan ‘course’ tersebut dan juga dekat dengan rumah,” katanya lagi.

Wah, seronok MH dengar cerita Wani! Nampaknya segala perancangan Wani berjalan dengan lancar, MH ucapkan ‘all the best’ kepadanya.

Foto: Instagram Wani Kayrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI