Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai meluahkan rasa terharunya terhadap para peminat yang telah menyokongnya selama ini dalam apa jua keadaan sekali pun.

Katanya, walaupun dia jarang bercerita mengenai peminatnya, Yuna memberti tahu, dia telah membaca semua tweet daripada peminat sama ada sejak penglibatan awalnya di dalam bidang nyanyian mahu pun soal perhubungan.

Terdahulu, Yuna memuat naik ucapan aprisiasinya itu menerusi rantaian tweet di akaun Twitter miliknya.

IKLAN

“Hey everyone, i just wanna say i read all your comments & tweets, i appreciate them so much- i just do what i love, but to know u guys love it too is something magical. social media can be a dark place- but u guys make it a beautiful space for me to create, thank you for that.

“I feel like i never say this enough to my fans- i read all your tweets, when i say all- i mean everything. from the very beginning- abt my music, rships, even breakups! i see your well wishes & trust me even when u dont tag me- im receiving your well wishes & positive vibes.

“I’ve come a long way, I’ve grown so much, a huge part of it is because yea i strived for this but a part of it is also because of you,” tulisnya.

Tambah Yuna, perjalanannya sudah begitu jauh. Walaupun, sebahagian besarnya adalah diatas usahanya sendiri namun, menyifatkan sebahagian lagi adalah disebabkan oleh sokongan peminat.

IKLAN

Diruangan komen, rata-rata peminat terharu dengan ucapan tersebut malah turut menyifatkan Yuna sebagai inspirasi untuk terus maju dalam kehidupan.

“Walaupun Saya Jarang Bercakap Mengenainya…,”- Kenapa Tu, Yuna?

IKLAN

“Walaupun Saya Jarang Bercakap Mengenainya…,”- Kenapa Tu, Yuna?

Bagi MH, keperibadian Yuna ini wajar dicontohi semua pihak kerana setinggi mana kita melangkah sekali pun, jangan sesekali kita lupa saat kita berada di bawah.

Foto: Twitter Yuna Zarai

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI