Uncategorized

“Walaupun Dah Tua Still Nampak Sweet Lagi,” – Netizen Puji Sheila Rusly & Suami Pasangan Romantik

Share

Pelakon Sheila Rusly dan suami tercinta, Jinggo antara pasangan yang sering ‘masuk air’ dengan karenah masing-masing.

Meskipun kerap melakukan perkara ‘gila-gila’, namun pasangan ini sering berkongsi momen terindah di Instagram masing-masing.

Terbaru, Sheila telah memuat naik sekeping foto yang melihatkan dia sedang menyuap air batu campur (ABC) kepada suaminya sejurus selesai pengambaran drama Leftenan Zana.

“Tok sidang cakap sis dah cukup manis, minum air mineral jer.. tak payah ABC,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lalu, gambar tersebut telah mendapat pujian dari netizen yang menganggap bahawa Sheila dan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya sangat romantis dan sweet.

Perkahwinan yang dibina selama 23 tahun itu menjadikan ikatan cinta mereka semakin kuat.

Mereka juga dikurniakan dua orang putera iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

IKLAN