Ads

“Walau Saya Bising, Awak Tak Pernah Ambil Hati,” – Hantar Pekerja Tunai Umrah Sebab Kerja Kuat, Netizen Puji Aliff Syukri

Sebagai tanda penghargaan atas kerja keras yang dicurahkan selama ini, usahawan sensasi, Aliff Syukri berbesar hati menghantar salah seorang pekerjanya menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, pekerja yang dikenali sebagai Syirah Azmi mengakui terharu dengan penghargaan tersebut.

Malah dia turut menyifatkan Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebagai majikan yang sentiasa menjaga kebajikan serta menghargai pekerja.

“Walau Saya Bising, Awak Tak Pernah Ambil Hati,” – Hantar Pekerja Tunai Umrah Sebab Kerja Kuat, Netizen Puji Aliff Syukri

“Alhamdulillah, terima kasih Datuk dan Datin.
Kerja bukan sekadar tentang gaji, tetapi juga tentang berada dalam persekitaran yang sihat.

“Di mana di situ juga ada hormat, rasa dihargai dan peluang untuk berkembang.

“Tempat kerja yang baik membuatkan kita kekal bukan kerana kita terpaksa, tetapi kerana kita benar-benar mahu #bestevercompany,” tulisnya.

Ads

Reaksi Majikan & Pujian Netizen

Hantaran yang tular itu turut mendapat perhatian daripada Aliff sendiri di aplikasi Threads.

“Walau Saya Bising, Awak Tak Pernah Ambil Hati,” – Hantar Pekerja Tunai Umrah Sebab Kerja Kuat, Netizen Puji Aliff Syukri “Walau Saya Bising, Awak Tak Pernah Ambil Hati,” – Hantar Pekerja Tunai Umrah Sebab Kerja Kuat, Netizen Puji Aliff Syukri

Menurutnya, Syirah sememangnya layak menerima penghargaan tersebut kerana sikapnya yang berdedikasi dan ikhlas dalam menjalankan tugas.

“Walau Saya Bising, Awak Tak Pernah Ambil Hati,” – Hantar Pekerja Tunai Umrah Sebab Kerja Kuat, Netizen Puji Aliff Syukri

“Allah, tak sangka pula perkara ini jadi viral. Saya bagi memang ikhlas sebab awak kerja memang bagus.

Ads

“Apa yang penting, walaupun saya bising, awak tak pernah ambil hati. Kerja pun tak berkira masa. Takkanlah saya nak berkira dengan awak.

“Terima kasih juga kerana menghargai saya dan menghargai syarikat. Jasa anda amatlah saya hargai,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang sentiasa menghargai pekerja, selain mendoakan agar perniagaannya terus berjaya.

“Terima kasih menjadi hartawan yg masih memberi hadiah sebegini pada staff. Semoga Datuk makin kaya dunia akhirat.”

Ads

“Tahniah staf yang terpilih dan semoga di tambahkan rezeki buat team Datuk.”

“Suka hartawan muslim yang berfikiran dan budiman begini. Semoga lebih ramai mencontohi Datuk dan Datin.”

“Bestnya. Untung jadi staff Dato Aliff dan Datin Shahida ini. Semoga terus dimurahkan rezeki lagi.”

Terdahulu, hantaran daripada Syirah itu telah meraih lebih 10,000 tanda suka dan hampir 500 ulang siar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Threads Syirah_Azmi & Datuk Seri Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Pernah Ada Kanser, Tak Nak Stress Lagi…,”- Nourul Depp Tiada...

Penyanyi Nourul Depp tidak berniat untuk membuka semula kisah perselisihan faham antara dirinya bersama anak sulung, Ayu Nazirah ketika muncul dalam sebuah program audio siar, baru-baru ini.
error: Hello. Cannot.