Uncategorized

Walau Pernah Ada Pengalaman Buruk Dengan Netizen, Dua Lipa Tetap Sayang Malaysia!

Share

Mengagumkan, Bertenaga dan ‘Jaw-drop’. Itulah 3 perkataan yang boleh MH katakan semasa Dua Lipa Live In Kuala Lumpur.

Semalam, MH berpeluang menghadiri konsert tersebut bertempat di KL Live, ternyata ia merupakan satu pengalaman yang sangat ‘refreshing’.

Dari awal konsert hinggalah ke titik penghabisan, Dua Lipa kelihatan begitu selesa di atas pentas dan memberikan persembahan penuh bertenaga buat para peminat.

Apa yang menarik perhatian MH adalah ‘fan project’ yang dibuat para peminat iaitu dimana mereka mencetak satu poster, ‘We Appreciate You, Dua Lipa’.

Pada MH, mungkin poster tersebut merupakan salah satu cara netizen Malaysia meminta maaf setelah insiden buli siber berkaitan dengan penyanyi tersebut, sebelum ini.

Projek tersebut dimuat naik di twitter di mana semua peminat wajib mengangkat poster tersebut semasa lagu ‘Garden’ dinyanyikan.

Dalam pada itu, semasa lagu ‘New Love’ dinyanyikan secara akustik, MH sendiri dapat merasai makna setiap lirik hingga terasa sebak.

MH difahamkan bahawa lagu tersebut sangat bermakna buat Dua Lipa memandangkan ia adalah lagu pertamanya.

Selain itu, Dua Lipa juga pernah menangis semasa menyanyikan lagu ‘New Love’ itu semasa konsert jelajah pertamanya di Eropah.

Sepanjang 1 jam setengah konsert berlangsung, Dua Lipa berinteraksi dengan peminat serta bergerak lincah di atas pentas.

Peminat turut ‘sing -along’ hampir kesemua lagu yang dinyanyikannya namun antara lagu yang dinanti peminat tentunya ‘New Rule’, ‘Scared To Be Lonely’ dan ‘IDGAF’.

Sememangnya, pengalaman bersama Dua Lipa tidak mudah dilupakan. Meh sini, MH kongsi sikit video semasa konsert tersebut.

IKLAN