
Penyanyi dan pelakon, Haleeda ada memuat naik sekeping foto perkahwinan anak perempuannya, Amirah Amani Azman di akaun Instagram.
Menerusi entri berkenaan, Haleeda ada menitipkan ucapan istimewa buat anaknya yang telah disunting orang.
Malah, bintang senior berusia 47 tahun ini turut menzahirkan rasa kegembiraan buat mereka.
“As Salam duhai hati. SELAMAT PENGANTIN BARU buat ma one n only @meamadu @adamknaharudin_
“Walaupun majlis kahwin x d benarkn,..tetap adakn pelamin untk moment korang berdua..SAYANG &KASIH IBU BUAT KORANG.
“Terima ksh buat gang2 yg turut hadir membantu Fii Amanillah,love &Smile.
#selamatpengantinbaru #daughter #soninlaw,” tulisnya.

Amirah merupakan anak hasil perkahwinannya bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan pada 27 Januari 1995.
Bagaimanapun, keduanya telah sah bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003.
Foto: Instagram Haleeda
Haleeda Bertemu Puteri Balqis, Si Kecil Ini Hanya Mahu Isi Hati Difahami
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Bekas pelakon, Azuan Mazlan ada memberi pandangan dan pendapat mengenai sikap segelintir individu yang mengamalkan cara budaya Barat.
Sebagai Muslim, Azuan menasihati perkara ini tidak boleh diambil mudah atau sambil lewa.
“Ummat Islam jika tidak faham hukum Allah, kurang ilmu agama & tak kenal agama Islamnya sendiri maka dia akan ambil semua perkara ini mudah
“Aku masih beriman cuma majlis ni cara agama lain je pun tapi aku tetap Islam, aku bukan tukar agama pun tapi niat aku cuma meraikan jer kehendak keluarga dia,” tulisnya.
Dalam pada itu, Azuan menyifatkan tindakan ini boleh membawa kepada perkara syirik dan mencemarkan imej.
“Disebabkan perkataan inilah ramai drpd hasil perkahwinan orang Islam ikut cara tradisi adat yg menarik kemurkaan Allah kerana mensyirikkan Allah seperti menari Bollywood, malam berinai bg lelaki juga, Karaoke session, menari zapin, Bride to be, baby shower & macam2 lagi orang melayu kita akan ikut..
“Cara melamar pun ikut cara barat!! Mana cara Ta’aruf dalam Islam untuk menarik rahmat Allah swt? langsung tidak ikut Cara Islam & kehidupan orang Islam.. Mana tindakan keluarga?
“Takkan keluarga pun tak faham agama? Sebab itu ramai orang melayu yang dah kawen banyak mengalami masalah rumah tangga..
“Kita boleh tengok sendiri pasangan yg kawen dgn non Muslim jika dia tidak kuat agama, last2 dia pun hanyut tak tutup aurat & tak jaga solat hasilnya kehidupan mereka pun jadi mcm barat!! sebab apa?
“Sebab Masa perkahwinan menarik sejuta kemurkaan dari Allah swt & tidak ada ilmu agama.. “APABILA ROSAKNYA RAHIM SEORANG PEREMPUAN MAKA AKAN LAHIRNYA KETURUNAN2 YANG AKAN MEROSAKKAN AGAMA.” Disebabkan sedap”CINTA” dunia sanggup tinggalkan ajaran agama.. Inna lillahi wainnahilaihi rojiun..,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Azuan Mazlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mencuri perhatian selepas membuat kejutan istimewa sempena hari lahir teman wanitanya yang dikenali sebagai Azlina Idris.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Radin dilihat sejak awal pagi telah membawa teman wanitanya itu ke sebuah lokasi rahsia.
Rupa-rupanya kejutan yang ingin dilakukan oleh Radin itu adalah untuk membawa teman wanitanya itu menaiki belon udara panas yang disewa khas bersempena hari istimewa tersebut.
Dengan menaiki belon panas tersebut, Radin dilihat membawa teman wanitanya itu menikmati pemandangan pagi bandar raya Kuala Lumpur.
Menurut Azlina, dia berterima kasih kepada penyampai radio Era itu kerana telah merialiasikan impian yang disimpannya sejak sekian lama.
“Thank you so much sayang Radin Era for making my wish list came true today.
The best birthday surprise ever. I had a blast.
“What a day to remember. I love you so much sayang,” tulisnya di Instagram stories.
Terdahulu, menerusi laporan Berita Harian, Radin dikatakan telah menangguhkan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan bagi memberi tumpuan terhadap kesihatan ibunya.
Sumbe: Berita Harian, Instagram Radin Era & Azlina Idris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Mevlim tampil iklas membantu seorang gadis orang kurang upaya (OKU) untuk mendengar buat kali pertama selepas 20 tahun.
Gadis istimewa yang dikenali sebagai Nabila itu merupakan salah seorang stokis perniagaan kendalian Syifa dan adik beradiknya iaitu Kekasih by The Melvins.
Momen dan sesi tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap Nur Syifa Athirah Amirol Melvin ini menerusi Instagram, baru-baru ini. Turut sama kelihatan ialah kakaknya, Syafiqa Melvin.
A post shared by SM (@syifamelvin)
Dalam perkongsiannnya itu, bintang berusia 26 tahun tersebut menjelaskan, mereka chba membantu Nabila agar dalam menjalani hidup yang berkualiti.
“Kalau sifat Maani kita ada 7, dia ada 5 ja.. Tapi dia cemburu dengan kita yang boleh dengar dan bercakap Tapi sebenarnya kita yg patut cemburu dengan dia sebab xperlu dengar benda yg tak elok dan cakap benda yg sia2.
“Harini kami berjaya bawak Nabila pergi buat alat pendengaran yg in sha allah boleh membantu dia utk dapat hidup yg berkualiti,” tulisnya.
Pada masa sama, Syifa turut menjelaskan perasaan Nabila sebaik boleh mendengar dan turut mendedahkan kejayaan gadis itu dalam perniagaan yang diusahakannya sebagai stokis.
“Sebak teriak tadi bila dia pakai hearing aid tadi, panggil nama dia terus dia respond Allahuuu. Nabila anak istimewa betul.
“Walaupun pendengaran dan xboleh bercakap, tapi dia setia bersama kekasih dari January dan Total restock terkumpul RM35K.
“Apa alasan kita yg sempurna ni? Tak pernah meminta minta tapi guna segala yg diberi Allah swt utk bantu keluarga,MashaAllah Sayang @kekasih_nabila,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik, Syifa turut memberitahu adalah menjadi keazaman mereka untuk terus membantu mereka yang memerlukan menerusi Kekasih.
A post shared by SM (@syifamelvin)
“Memang kami ber4 berazam wujudnya Kekasih ni niat kami adalah utk bantu mereka yg memerlukan. Bukan ini dari kami, tapi hadiah ni daripada Allah swt kami hanya perantaraan sahaja.
“Terima Kasih yang selalu support business kami,Terima Kasih pelanggan setia hampa juga menyumbang kepada pemberian hadiah istimewa ini.
“Jadilah manusia yg selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi takde yang lebih manis bila kita mengetahui bahawa itu juga hadiah dari Allah swt, hadiah xsemestinya dibalut rapi dan cantik ,ia juga di selitkan hikmah yg sgt besar.
“Semoga hampa semua diberi peluang utk membantu, percayalah takkan miskin harta bila memberi, credit video @khairul_ikhwan96,” titip Syifa lagi.
Sementara itu, Nabila menerusi satu posting di Instagram miliknya juga turut menzahirkan rasa terima kasih dan terahu atas bantuan yang diberikan pasangan adik-beradik berkenaan.
Foto: Instagram Syifa Melvin, Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

