Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu melibatkan para wanita yang dikatakan tidak tahu melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan menyiang ikan.
Mengulas mengenai isu tersebut, penyanyi, Aufahanie akui bertuah kerana sudah terbiasa melakukan kerja-kerja di rumah terutamanya selepas kedua ibu bapanya memutuskan untuk bercerai.
“Umi dan ayah sudah berpisah. Jadi, saya hanya tinggal bersama ayah sejak berusia 10 tahun sehingg 15 tahun. Jumpa ibu pun hanya kadang-kadang.
“Selama ini, saya pernah tinggal bersama ayah, abang dan duduk sendiri. Bila tinggal bersama ayah, saya kena jaga adik dan abang. Memasak dan buat kerja rumah itu memang kerja saya.
“Ketika PKP, sayalah yang menggalas tugas sebagai ibu. Jadi, saya memang tiada masalah sangat nak buat kerja-kerja rumah.
Ads
“Walaupun kisah hidupnya pahit, ada hikmahnya juga,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Geming Jiwa itu berkata sedemikian ketika ditemui di progam santai bersama media yang dianjurkan syarikat rakaman Indigital Music dan FYP Media pada Rabu.
Jelas Aufahanie lagi, tidak tahu melakukan kerja-kerja rumah bukanlah satu masalah besar sebaliknya setiap ilmu itu boleh dipelajari asalkan ada kemahuan.
Ads
“Pada saya, fasal memasak atau siang ikan, kita boleh belajar perlahan-lahan. Ada segelintir wanita bila sebelum berkahwin, dia tak masuk dapur langsung. Semuanya ibu mereka yang buat sendiri.
“Mungkin sebab ibu mereka terlalu perfectionist dan tak mahu diganggu ketika di dapur. Namun, bila sudah berkahwin, mereka akan ada inisiatif untuk belajar memasak.
“Asalkan kita nak belajar. Saya belajar memasak pun daripada internet atau telefon ibu minta resepi. Lama-kelamaan, kita jadi pandai sendiri,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aufahanie bakal melanjutkan pengajiannya diperingkat ijazah sarjana muda dalam jurusan komunikasi massa.
Ads
“Hampir setahun juga saya menagguhkan hasrat untuk menyambung pengajian disebab program Big Stage.
“Sebelum ini, saya melanjutkan pengajian di sebuah universiti awam dalam bidang diploma muzik. Namun, saya terpaksa berhenti disebabkan hal peribadi.
“Saya tetap nak habiskan belajar. Adik beradik saya semua berpelajaran tinggi. Bapa saya pula ada sedang sambung master. Rasa janggal pula kalau saya tak tamatkan pelajaran,” akhirinya.
Terdahulu, Aufahanie baru sahaja melancarkan sebuah lagu cover yang berjudul Saat Hilang Cintamu nyanyian asal penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Amir Ahnaf senang untuk bersikap terbuka untuk melakonkan apa saja babak mengikut jalan cerita dan skrip yang diterima, meski tidak menafikan ‘takut’ melakonkan babak panas yang agak keterlaluan demi menjaga nama baik keluarga.
Amir Ahnaf atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 23 berkata, dia sebolehnya mahu cuba penuhi apa dituntut dalam skrip, tetapi jika ada babak tertentu yang menyentuh sensitiviti, dia percaya pengarah pun akan melakukan perubahan lebih awal.
“Mungkin dia (pengarah) akan mengolah babak (keterlaluan) itu supaya lebih diterima penonton. Sebaik dibenarkan oleh pengarah dan penerbit, saya sedia berkhidmat untuk menjayakan watak diberikan.
“Panas-panas ni takut… Iyalah takut untuk melakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi keluarga. Saya fikir famililah… Iyelah saya pun bawa nama baik mereka,” katanya.
Amir yang pernah menyertai Pencarian Hero Remaja 2021/22 menambah, dia bukan selebriti yang sanggup melakonkan babak panas semata-mata untuk meraih populariti.
“Saya faham sesetengah pelakon mungkin ada cara mereka sendiri, tapi kalau boleh saya mahu teruskan dengan laluan saya. Apa yang boleh kita jaga, kita jaga.
“Kalau ada babak yang keterlaluan, saya percaya produksi pun mempunyai kepakaran dari sudut suntingan (pos-produksi) dan menggunakan teknik kesan kamera (camera trick). Hal sedemikian pun mainkan peranan juga,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Korea Selatan yang mengecap populariti sebaik sahaja membintangi filem Parasite, Lee Sun-Kyun telah ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di Seoul pada Rabu, 27 Disember 2023.
Disyaki meninggal dunia akibat bunuh diri, mayatnya ditemui bersama sisa briket arang.
Sebelum itu, aktor berusia 48 tahun ini telah dikatakan pada malam sebelumnya apabila gagal dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakan.
Menurut laporan media, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada isteri pelakon itu, Jeon Hye-Jin pada 10.12 pagi menyatakan bahawa Sun Kyun telah meninggalkan rumah selepas meninggalkan mesej yang kelihatan seperti nota bunuh diri.
Sebelum ini, Lee sedang dalam siasatan oleh pihak polis atas dakwaan menggunakan ganja disiasat oleh polis atas dakwaan menggunakan ganja dan serbuk yang dikatakan ketamin.
Walaupun begitu ujian ke atas dirinya telah disahkan negatif sebanyak dua kali.
Sun Kyun mendakwa bahawa dia telah diperdaya untuk mengambil dadah oleh seorang pelayan bar yang dilaporkan memberitahu polis bahawa pelakon itu telah mengambil bahan terlarang di rumahnya beberapa kali.
Peguam pelakon itu memberitahu media: “Jika dia bercakap benar, ujian dadah oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan sepatutnya kembali positif, tetapi ia negatif.”
Sun Kyun telah meminta badan penyiasat meletakkan dia dan pelayan tersebut melalui ujian pengesan pembohongan semalam (26 Dis).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagu berjudul Sutera yang nyanyikan oleh Aisha Retno ciptaannya bersama MFMF dinobatkan Lagu Terbaik pada hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Shah Alam, hari ini.
Kejayaan tersebut melayakkan Aisha membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 serta barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.
Sementara itu, Lagu Pilihan Alha Alfa pula dimenangi lagu Astana, nyanyian Ernie Zakri yang sekali gus melayakkannya untuk memenangi hadiah wang tunai RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.
Kesemua lagu yang bertanding di SFMM38 diadili oleh barisan juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer dan LY, manakala Lagu Pilihan Alha Alfa diundi peminat.
10 lagu yang bertanding hari ini adalah Korbankan Kita nyanyian MOJO dan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim; Kamu Kamu (Wani Kayrie / Ziin / Jerry); Alah Bisa (Amira Othman feat Putera Muhammad /Glow Rush / Mage, Nick Ariff, Glow Rush, Faizal Tahir & Acap Salim; Astana (Ernie Zakri / Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel / Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel) dan Cinta Hanya Buatan (Muna Shahirah feat Afieq Shazwan / Gouffran & Ibnu / Gouffran & Ibnu).
Turut bertanding berebut tempat ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 adalah Cinta Sahabiyah nyanyian Datin Alyah dan ciptaan Datin Alyah dan Omar K serta lirik oleh Datin Alyah; Menyantun Kasih (Siti Nordiana / M Nasir / Keon); Sejuta Maaf (Liza Hanim / Sirkhan & Rinkarnaen /Sirkhan); Sutera (Aisha Retno / Aisha Retno & MFMF / Aisha Retno); Kalam (Shiha Zikir / Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat / Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat).
Sementara itu, 12 lagu terbaik yang akan diumumkan esok pada episod terakhir SFMM38 sekali gus berentap di AJL38 yang bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac tahun depan.
SFMM38 dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...