Meskipun sudah mendapat cuti rehat sakit daripada doktor, pelakon Scha Elinnea meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa penerbit enggan memberi pelepasan untuk dia berbuat demikian.
Meluahkan perasaannya di InstaStory, Scha atau nama sebenar, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 23, berkata penerbit sebaliknya meminta dia berehat di lokasi penggambaran sahaja.
“Produksi jenis apa dah tahu pelakon sakit demam panas sampai menggigil dan tetap kena datang ke set penggambaran.
“Sudah ke klinik dan doktor beri saya dua hari cuti sakit (MC) untuk berehat tetapi produser tak bagi lepas, suruh rehat di set,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Scha turut menambah, ada dalam kalangan kru produksi ‘bercakap buruk’ mengenai dirinya yang dikatakan sengaja ingin menangguhkan penggambaran.
“Selepas bangun tidur, saya tengok dalam grup WhatsApp ada manusia-manusia perli. Memang saya nak habiskan kerja ini cepat tetapi sakit demam bukan saya yang minta.
“Selama ini ‘reshoot’ hampir satu episod salah siapa? Baju konti tiada, salah siapa?”
Jenama produk Charms Cosmetic Skincare (Charms) yang mahu terus menambah baik kualiti produk menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak Jun tahun lalu memilih Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah wakilan atau ‘face off’ bagi produk Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50 mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Bashirah Hussin, 38, pemilihan ikon dan aktivis kemanusiaan itu bersesuaian dengan item pelengkap penjagaan wajah berkenaan.
“Seiring dengan imej muslimah dipamerkan Heliza, kita mahu menambah keyakinan pelanggan termasuk dari status halalnya.
“Heliza memikul tanggungjawab berkenaan selama enam bulan sejak Julai lalu. Untuk lebih lanjut boleh ke pautan rasmi kami,” katanya.
Dalam pada itu, Heliza menerusi Instagram turut memuat naik hantaran melalui video sebelum dan selepas dengan menggunakan produk berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilannya yang terlihat lebih segar menawan.
Sementara itu, jenama milik syarikat Fasyeera Empire Sdn Bhd itu menjalankan proses R&D sejak Jun tahun lalu.
Ia diperkasakan dengan kerjasama strategik dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh di Johor dengan membabitkan kos peralatan dan mesin melebihi RM5 juta.
Nur Bashirah menjelaskan, usaha tersebut dilakukan sebagai jaminan untuk terus menghasilkan produk berkualiti dan halal yang boleh digunakan tanpa was-was.
“Ia seiring dengan tagline kami, Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin. Produk kami sah diuji secara saintifik dan dermatologi. R&D dibuat ke atas produk ini dalam usaha memberikan pengguna nikmat yang efektif, selamat dengan penggunaan kandungan bahan berimpak tinggi.
“Alhamdulillah sejak Khamis lalu juga, kami dalam fasa perbincangan menjadikan makmal UTHMsebagai makmal rasmi Charms.
“Kami berharap kerjasama strategik ini akan menjadi permulaan, penanda aras dan contoh yang baik untuk diri sendiri serta rakan pengusaha produk lain,” kata graduan Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ini.
Pada masa sama, R&D juga dilakukan khusus kepada anti penuaan, komposisi bahan kimia dan pengesahan status halal ke atas produk dihasilkan.
Majlis perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) bersama UTHM itu dilakukan Januari lalu.
“Biarpun kos R&D ini bukan calang-calang jumlahnya, tetapi kami tidak boleh berkompromi dalam hal produk yang digunakan pelanggan. Ia seiring dan jelas dengan visi kami terhadap kepuasan pelanggan. Jadi kita buat bersungguh-sungguh.
“Penambahbaikan formula sedia ada atau baharu ini sentiasa menjadi garis panduan untuk kami.
“Proses R&D ini juga melengkapi usaha pengeluar produk seperti saya. Ia harus ada sampel dan mengikuti prosedur betul termasuk ujian pensampelan yang kebanyakannya diuji secara klinikal,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.
Jenama beribu pejabat di Pusat Komersil TSB, Shah Alam itu jugasedang menyusun strategi untuk menembusi negara jiran khususnya ke Indonesia sebagai usaha untuk mengembangkan penguasaan pasaran ke peringkat antarabangsa.
Charms yang berada di pasaran sejak 2012 dengan tawaran 10 jenis produk di pasaran itu kini memiliki 13,000 ejen di seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina berkongsi dia kini sedang berada di Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama anak angkatnya, Musa.
Menerusi hantaran yang dibuat naik menerusi laman sosial Instagam, Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkongsikan gambar dia dan Musa berada di hadapan Kaabah bersama jemaah yang lain.
“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami peluang untuk bersama-sama berada di Tanah Suci.
“Beberapa bulan sebelum ini, Musa sering dihidangkan dengan imej serta mendengar cerita-cerita berkaitan haji daripada saya dan Alhamdulillah dia dapat melihat Kaabah depan-depan mata,” tulis Nina di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian sama, Nina memanjatkan doa semoga agar anak lelakinya itu mempunyai akhlak serta budi pekerti mulia dalam menggemudi kehidupannya kelak.
“Ya Allah, semoga Musa membesar dengan akhlak yang baik dan hidup berlandaskan iman, takwa dan mengikut landasan ajaran Al-Quran dalam menggemudi kehidupannya di dunia dan akhirat kelak. Amin,” tulis Nina lagi.
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa akhirnya berkongsi wajah putera sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris media sosial buat tatapan umum.
Sambil menitipkan coretan indah buat Bilal yang kini mencecah 10 bulan usianya, Neelofa turut menyifatkan permata hati sebagai anugerah tidak ternilai daripada Yang Maha Esa.
“Cinta dan sayang pada anakku Bilal. Antara kecintaan tertinggi & teragung Ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak Ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.
“Bilal anak Ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup Ummi dan Abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat Ummi dan Abah.
“Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.
“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku
Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah.
“Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, sebentar tadi.
Hos program Next to Neelofa ini juga mendoakan agar anaknya membesar sebagai anak soleh.
“Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami. Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya
Semoga fakih dia dalam agama. Semoga doanya adalah seperti disebut nabi.
“Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya,” titipnya lagi seiring dengan ribuan komen yang diberikan peminat dan rakan selebriti.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...