Ads

“Walau Bukan Dari Rahim Isteriku Tapi…,” – Dapat Merasa Gelaran Ayah, Luahan Achey Buat Ramai Tersentuh

Bersempena dengan sambutan Hari Bapa baru-baru ini, pelawak dan penyanyi, Achey ada memberikan dedikasi istimewa buat permata hatinya yang dijaga sejak kanak-kanak itu baru lahir ke dunia.

Achey memanjat rasa syukur kerana kehadiran anak angkatnya, Tiara Zinnirah dalam kehidupannya bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne nyata menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga.

“Dialah punca! Aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah.

Ads

“Jika tidak DIA kurniakan tiara zinnirah kepada ku… tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa.

“Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu…. kini dapat di curahkan kepadanya.

Ads

“Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak.

Ads

“Maaf ayah pohon kepada awak n mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab. Ayah sayang awak ucuk acham,” tulisnya menerusi posting yang memuat naik foto kanak-kanak comel itu.

Lalu, luahan hatinya nyata membuatkan ramai terharu dan sebak. Rata-rata memberikan kata semangat buat Achey.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Gen Alpha Pun Sayang TokTi! Keperibadian Siti Nurhaliza Terus Dipuji, ‘Humble’...

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.
error: Hello. Cannot.