Sejak bergelar bapa, nama Jep seakan perlahan sedikit berbanding sebelum ini. Malah, gambar-gambarnya di Instagram juga sudah jarang dimuat naik selain wajah anak kesayangannya.

Namun baru sebentar tadi MH berkesempatan berjumpa sendiri dengan penyampai radio dan pelawak popular ini bertanya khabar dan update terkininya.

Melalui sesi temu bual ringkas, Jep mengakui setelah bergelar seorang bapa, hidupnya kini berubah.

IKLAN

Berkata kepada Media Hiburan, keutamaannya kini adalah kepada anak dan banyak rutin hariannya berubah dengan kehadiran cahaya mata sulungnya itu.

“Dapat anak ini, satu perasaan yang susah untuk saya gambarkan buat masa sekarang, satu perasaan baru dan rasa bersyukur.

“Sekarang ini, apa-apa adalah anak. Dia keutamaan. Dulu selalu dengar orang cakap bila dapat anak, itu ini tapi bila diri sendiri dah mengalaminya, baru lah saya faham.

“Macam sekarang pun, kalau keluar lepak dengan kawan mesti nak balik cepat sebab nak tengok anak. Banyak masa terluang pun dengan anak juga,” katanya.

“Waktu Sahur Atau Berbuka, Mesti Ada ‘Baby Cot’ Kat Sebelah”- Jep Sepahtu Kongsi Update Terkini Setelah Bergelar Bapa!

IKLAN

Dalam pada itu, Jep, 33 tahun turut berkongsi pengalaman berpuasa dengan kehadiran Dariya Inara.

IKLAN

“Tak ada banyak beza pun puasa kali ini cuma sekarang waktu sahur atau berbuka, mesti ada ‘baby cot’ kat sebelah. Kalau tengah makan, bunyi sikit je…cepat-cepat akan tengok,” katanya lagi dengan nada bergurau.

“Waktu Sahur Atau Berbuka, Mesti Ada ‘Baby Cot’ Kat Sebelah”- Jep Sepahtu Kongsi Update Terkini Setelah Bergelar Bapa!

Jep dan isterinya, pelakon, Sari Yanti berkahwin pada 25 Februari tahun lalu dan dikurniakan anak April lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI