Ads

“Waktu Kecil, Kadang Kita Tak Faham Pengorbanan Ibu Bapa, Hanya Fikir Diri Sendiri,” – Aliff Syukri

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi D’Herbs Holdings mempersembahkan Brandfilm Raya 2026 bertajuk ‘Ya, Abah Saya Security’.

Ia adalah sebuah karya istimewa yang diinspirasikan daripada kisah sebenar kehidupannya bersama Allahyarham bapa, Kamaruzaman Kamaludin yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Naskhah ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa malu dengan pekerjaan ayahnya.

Namun, seiring dengan perjalanan masa dan kehidupan, dia akhirnya menyedari bahawa di sebalik uniform sederhana itulah, tersimpan pengorbanan besar figura ayah yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik.

Melalui penceritaan yang menyentuh hati, ‘Ya, Abah Saya Security’ juga mengangkat tema kasih sayang, pengorbanan dan penghargaan terhadap kedua orang tua.

Mesej ini sangat dekat dengan kehidupan masyarakat, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak lama lagi.

Ads

Menurut Aliff, brandfilm ini dihasilkan sebagai penghargaan terhadap arwah ayah yang banyak berkorban dalam membesarkan keluarga.

“Waktu kita kecil, kadang-kadang kita tak faham pengorbanan ibu bapa. Kita hanya fikir tentang diri sendiri.

“Tapi bila kita dewasa, barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan mereka.

“Kisah ini sangat dekat dengan hati saya, dan saya harap ia dapat menyentuh hati ramai orang di luar sana, ” katanya.

Ads

Aliff berkata demikian ketika di temui pada sesi Tayangan Perdana ‘Ya, Abah Saya Security’ di GSC IOI Mall Damansara, baru-baru inj.

Majlis turut dihadiri rakan pelakon termasuk Azhan Rani yang mendukung watak sebagai bapa Aliff.

“Waktu Kecil, Kadang Kita Tak Faham Pengorbanan Ibu Bapa, Hanya Fikir Diri Sendiri,” – Aliff Syukri “Waktu Kecil, Kadang Kita Tak Faham Pengorbanan Ibu Bapa, Hanya Fikir Diri Sendiri,” – Aliff Syukri “Waktu Kecil, Kadang Kita Tak Faham Pengorbanan Ibu Bapa, Hanya Fikir Diri Sendiri,” – Aliff Syukri “Waktu Kecil, Kadang Kita Tak Faham Pengorbanan Ibu Bapa, Hanya Fikir Diri Sendiri,” – Aliff Syukri

Ads

Pelancaran Menjelang Aidilfitri

Dalam pada itu, Brandfilm Raya D’Herbs 2026 ini dihasilkan dengan kerjasama Terranego Media sebagai agensi media dan diterbitkan oleh Tangerine Film sebagai syarikat produksi.

Melalui karya ini, D’Herbs berharap mesej yang disampaikan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih menghargai ibu bapa serta insan tersayang selagi mereka masih ada di sisi.

‘Ya, Abah Saya Security’ akan dilancarkan kepada umum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui platform digital rasmi D’Herbs bermula Khamis ini.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bangga Melihat Anak-Anak Ini,” – PU Riz, Izzah Anuar Santuni Warga...

Pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail yang juga memegang mandat sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyantuni penduduk di kawasan...
error: Hello. Cannot.