Sepotong klip video dikongsi menunjukkan pasangan Instafamous, Syafikah Aina dan Hafiz Mahamad mewakafkan van jenazah buat Masjid Penambang, Kota Bharu membuka mata netizen.
Ulas Hafiz di ruang kapsyen, dia ikhlaskan sebahagian harta buat penduduk kampung dengan mewakafkan van jenazah.
“Semoga rezeki ini semakin bertambah, rezeki anak, rezeki awak, rezeki abang sendiri dan rezeki keluarga kita.
Ads
“Sekarang kita dekat masjid Penambang, kita nak tengok van jenazah kita wakafkan. Sebab sebelum ini masjid Penambang ni tak ada van jenazah, jadi terpaksa pinjam masjid lain kalau nak bawa jenazah.
“So alhamdulillah sekarang dah dipermudahkan. Tag kita ni, ‘kejayaan demi kebahagiaan.’ Kita berjaya, kita kongsikan kebahagiaan untuk orang lain. InsyaAllah.”
Usahawan kosmetik, Joy Refva memuat naik sepotong video yang ketika kali pertama menontonnya, pasti akan yang ingat Joy mendedahkan bahagian dada dan leher di Instagram.
Bagaimanapun, mungin menyedari posting video tersebut tidak disenangi segelintir netizen, Joy awal-awal lagi memberitahu. Jawapnya;
“Sis joy pakai baju warna kulit kat dlm tu yer adik2.. bukan saja tayang2 nmpk luruh dendam. jgn la DM maki2 pd sis joy… tanjat gegirl tau,” pintan Joy.
Penyanyi dan pelakon berbakat, Ayda Jebat menghadiahkan sebuah single baru buat para peminat bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-27 yang disambut, dua hari lalu.
Menariknya, Ayda terus mengejutkan peminat dengan memperkenalkan single balada terkini yang cukup menjentik emosi.
Malah, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat mendedikasikan lagu Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) mengakui ia dituju khuses pada peminat yang tak henti menyokong karier seninya.
“Selalunya, saya mendapat hadiah dari peminat sempena hari lahir saya, tetapi tahun ini saya lakukan sesuatu yang berbeza dengan menghadiahkan single balada kepada peminat.
“Peminat sudah lama menantikan saya muncul dengan karya sebegitu dan lagu terbabit merupakan dedikasi istimewa saya kepada mereka.
“Biarpun sebelum ini saya muncul dengan Bagaikan Pelangi serta lagu Pinjamkan Hatiku duet bersama Adi Priyo dan ia mendapat sambutan positif, saya masih menerima permintaan peminat untuk muncul dengan lagu balada.
“Saya berharap lagu ini dapat menjadi hadiah bermakna untuk semua peminat yang menantikan karya terbaru saya dan lebih istimewa, ia dilancarkan pada hari lahir saya,” kata Ayda kepada MH.
Terdahulu, single berkenaan dihasilkan bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak. Pada masa sama, single ini juga menjadi lagu tema bagi drama bersiri terbaru lakonan Ayda, Asalkan Dia Bahagia yang kini sedang bersiaran.
Menerusi Instagram, teaser muzik video berkenaan turut dikongsikan Ayda dan rata-rata pencinta muzik memberi maklum balas positif terhadap lagu terbabit.
Lagu Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) boleh ditonton di YouTube Ayda Jebat dan boleh didengari di semua pelantar digital bermula 29 Mac ini.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sedang mengerjakan umrah bersama keluarga ketika ini, Ajak Shiro berkongsi perbualan hiba bersama isteri yang dikatakan sedang dalam ‘penyakit perempuan’.
Terharu dengan usaha isteri yang berusaha untuk menunaikan solat di Raudhah, namun dengan takdir Allah, ibu kepada tiga orang anak itu didatangi ‘sakit perempuan’.
“Pagi ni Baba nak pergi sembahyang subuh..Sekali nampak Ibu menangis..Rupanya malam tadi dia usaha dapatkan Raudhah..Dari sebelum Maghrib dia pergi sampailah jam 1 pagi..Tapi xdapat..Bila dia nak cuba pagi ni, penyakit perempuan pulak datang..Ini kali ke dua ibu dekat Madinah tapi rezekinya tertulis begini.
“Xpe syg..Insyaallah..Raudhah ialah syurga dunia..Awak menangis teresak2 xdapat masuk..Baba doakan Allah berikan Syurga sebenar untuk ibu nanti..Insyaallah.. Ibu pohon rezeki dengan Allah..Ada rezeki, Baba janji, Baba akan bawa ibu kesini lagi..Amin.”
Menerusi ruangan komen, netizen memberikan pendapat untuk mengamalkan ubat melambatkan haid sebelum ke Mekah, namun ulas pelawak ini, isterinya mengambil pil tersebut namun semuanya atas kehendak Allah.
Foto – Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April depan, menerusi pembedahan Caesarean.
Khabar gembira tersebut diumumkan dalam...