Uncategorized

Wajah Terkini ‘Rosalinda’ Yang Semakin Menawan

Share

Masihkah kamu ingat dengan pelakon cantik Mexico bernama Thalia yang pernah dikenali melalui drama telenovela Rosalinda sekitar tahun 1999?

Sewaktu awal kemunculannya dia bukan sahaja dikenali kerana mutu lakonannya, malah, dia juga sering mendapat perhatian kerana wajah yang cantik dan suka menyelit bunga ros di tepi telinganya.

Malah, drama Rosalinda itu juga pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja untuk berada di hadapan kaca televisyen menontonnya.

Terdahulu, disebabkan sambutan yang menggalakkan diterima, pelakon utama telenovela ini, Thalia turut dijemput datang ke Malaysia.

Kini, melalui posting-postingnya di Instagram, dia semakin menawan dan masih seksi seperti dulu. Kalau dilihat pada wajahnya, ramai yang tidak menyangka bahawa Thalia kini sudah berumur 46 tahun.

Kebanyakan pelakon jika meningkat usia pastinya perubahan ketara yang bakal mereka bawakan adalah dari segi penampilan.

Namun tidak di barat, kerana mereka menganggap pada ‘Golden Age’ inilah waktu untuk mereka tampil untuk tunjukkan kecantikan yang mereka miliki.

Menurut sumber juga, demi untuk kelihatan cantik, pelakon ini sanggup berbuat apa sahaja, termasuklah membuang tulang rusuk

Pengakuan tersebut telah dilaporkan oleh sebuah portal hiburan suatu ketika dahulu dan Thalia juga dikatakan tidak malu membuat pengakuannya itu.

Nah ini dia beberapa gambar Rosalinda yang pernah popular di kaca televisyan Malaysia suatu masa dahulu.

IKLAN