Adakah anda fobia pada badut?

Filem IT adaptasi daripada novel Stephen King yang akan mula ditayangkan pada 8 September 2017 ini nanti pasti akan menambah fobia anda pada badut.

Ya, mungkin itu yang ingin disampaikan oleh Stephen King melalui novelnya pada lewat tahun 1986.

Filem arahan Andrés Muschietti ini bermula apabila seorang demi seorang kanak-kanak yang tinggal di sebuah kawasan perumahan dalam pekan kecil daerah Darren, Maine hilang tanpa jejak.

27 tahun selepas itu, tujuh orang kanak-kanak yang menamakan kumpulan mereka sebagai The Losers Club cuba untuk mencabar diri dengan melakukan sesuatu di luar jangkaan dan berlakulah perkara yang tidak diiingini.

Karakter ikonik badut filem pertamanya tahun 1990 dilakonkan oleh Tim Curry kini digantikan dengan Bill Skarsgard.Penampilan Bill kali ini, versi moden juga terlihat lebih mengerikan dengan raut yang tegas dan garis merah melintasi bahagian mata

Wajah Tampan Di Sebalik Badut Puaka
Tim Curry

 

IKLAN
Wajah Tampan Di Sebalik Badut Puaka
Bill Skarsgard

 

Bill Skarsgard merupakan lelaki di sebalik badut yang mengerikan yang bernama Pennywise. Watak menakutkan itu memerlukan 6 jam untuk dimekapkan menjadi badut.

Selain itu, Bill juga merupakan adik kepada pelakon dan model Alexander Skarsgard yang pernah membintangi True Blood dan Vikings.

Wajah unik Bill juga menjadikannya banyak membintangi filem seram di Hollywood. Dia yang juga peminat genre seram seram turut mejayakan bersiri Hemlock Grove selama tiga musim.

IKLAN

Pemuda berusia 27 tahun ini juga turut menghiasi jenama terkenal seperti H&M. Dalam masa masa, Bill juga kerap memuatnaik momen kehidupan dirinya di Instagram/ 

Kebanyakkan foto yang dimuatnaik pastinya terlihat pesonanya sebagai lelaki yang tampan.

Wajah Tampan Di Sebalik Badut Puaka

Wajah Tampan Di Sebalik Badut Puaka

IKLAN

Wajah Tampan Di Sebalik Badut Puaka

Wajah Tampan Di Sebalik Badut Puaka

Wajah Tampan Di Sebalik Badut Puaka

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI