Sehari lalu, pelakon dan model ada memuat naik dua keping foto ketika dirinya sedang bersiap sedia untuk mengikuti Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) baru-baru ini. Lalu seperti biasa, penampilan bekas peserta Asia’s Next Top Model ini mendapat komen pelbagai netizen.
Menerusi sekeping foto tersebut, ada yang bertanya sama ada dirinya memang tidak suka atau tidak mengenakan bra (baju dalam). Bagaimanapun, ada yang membayangkan rekaan fizikal baju berkenaan yang sepertinya memberi ilusi terhadap apa yang dilihat ramai.
Nampaknya, single terbaru yang menampilkan nyanyian secara trio dari Datuk Seri Aliff Syukri, Sajat dan bintang Indonesia, Lucinta Luna menjadi buah mulut ramai.
Meski ada yang kecam dan memberikan komen sinis terhadap lagu berkenaan, namun sudah ada beberapa selebriti yang sudah pun melakukan parodi terhadap lagu berkenaan.
“Bobo xde Coco ada,” tulisnya ringkas.
Terbaru, bintang Insta King Coco ada memuat naik video tariannya menerusi lagu berjudul Bobo Di Mana itu.
Meski ruangan komen ditutup, namun video yang dimuat naik sejak semalam itu sudah pun mendapat tontonan lebih 70,000 kali daripada netizen.
Sebelum ini, penyanyi Shiha juga ada cuba menyanyikan lagu sama hingga mencuit hati netizen menerusi Instagram awal Ogos lalu.
Kecoh menerusi Twitter baru-baru ini apabila ada pengguna media sosial mendakwa, bintang Insta yang dulunya popular menerusi panggilan ‘Awek Cendol’, Nija atau nama sebenarnya, Nur Anizah Tahang sudah pun tiada apa-apa hubungan dengan lelaki yang dikatakan kekasihnya sebelum ini, Aiman.
Malah, jika dahulunya mereka sering memuat naik gambar mesra menerusi media sosial masing-masing, namun kini semuanya sudah bertukar apabila difahamkan, keduanya kini sudah pun berpisah seterusnya membawa haluan masing-masing.
Malah, perkara tersebut diperkuatkan lagi dengan muat naik foto mesra Nija bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Izzat saat mereka bersama-sama isi masa di Langkawi baru-baru ini.
Sementara foto Aiman pula turut dimuat naik seorang wanita lain menerusi media sosial. Apa sebab atau punca yang menyebabkan hubungan mereka terhenti di pertengahan jalan, tidak pula didedahkan.
Bagaimanapun, Nija menerusi Instagram sehari lalu ada memaklumkan dia tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapapun. Jika benar mereka sudah tiada apa-apa hubungan, anggaplah saja sudah tiada jodoh kan?
“Semua single so tak kisahlah nak berkawan dengan sesiapa pun. Thanks for short vacay guys & thanks juga banyak beri aku nasihat weh.
“I will miss you guys,” tulisnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.