
Kata-kata hikmah yang dikongsikan di Insta Storynya seakan-akan berkait rapat dengan isu yang sedang berlegar dalam kehidupannya.
Tulis Aliff Aziz, ketika di akhirat kelak, seseorang akan terkejut dengan amalan kebaikan yang dihisab walaupun tidak pernah berbuat demikian sewaktu hidup.
“Di akhirat kelak, seseorang akan terkejut melihat dia ada amalan kebaikan sedangkan dia tidak pernah melakukannya ketika di dunia.
“Maka dia pun bertanya “Wahai Tuhanku, dari manakah datang kebaikan sebanyak ini, sedang aku tidak pernah melakukannya?
“Maka Allah menjawab “Itu ialah pahala dari orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui,” tulisnya.

Aliff sebelum ini terkait dengan pelbagai kontroversi sehingga menyebabkan rumah tangganya turut berantakan.
Terbaru, penyanyi dari Singapura ini ditahan pihak berkuasa kerana didakwa berada dalam keadaan mabuk dan mengganggu ketenteraman orang ramai semasa berada di tempat awam.
Sesungguhnya, lidah dan seluruh anggota badan akan dihisab di akhirat kelak. Semoga tidak tergolong di kalangan hamba-Nya yang kerugian.
Foto : Instagram Aliff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Awal semalam, pelakon Abby Abadi ada berkongsi mengenai perkembangan anak bongsunya, Muhammad Danial Firman Faizal menerusi Instagram.
Sudah pun mencecah usia 47 hari, Abby turut memanjatkan rasa syukur apabila anaknya yang sinonim dipanggil Baby D kekal bertahan berkat doa ramai.
“13Nov 2019: Hari yg ke 47 hari ni. Alhamdullillah. Syukur pada ALLAH, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan. Nak cerita banyakpun serba salah sebenarnya sbb takut seronok2 sangat, tiba2 apa yg Baby D lalui sebelum ni datang balik.
“Tu yg ingat nak simpan dulu tu. Tunggu Baby betul2 sihat, betul2 dah buleh duduk dgn Mama Abah, Abang Kakak semua nanti, baru Mama terobek semula ok ke?
“Yg buleh Sy kongsikan serba sedikit, Skrg Baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator. Masih bernafas guna machine. Bila dah bernafas guna machine, tiub sambung ke anak tekak, jadi masih tak dpt dengar lagi Baby D menangis,” maklum Abby.
Pada masa sama, bintang Gerak Khas ini turut memberitahu anaknya itu masih minum susu dengan menggunakan tiub khas dan beraqt badannya juga kini kian bertambah.
“Juga masih minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma beratnyalah yg makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram.
“Ada soalan? Hehe.. Tu je yg dapat share skrg ni.. Semoga ALLAH kurniakan Afiyah buat Muhammad Danial Firman & semua baby prem yg sedang bertahan,” tulisnya panjang lebar.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Terdahulu, Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungannya berusia enam bulan. Dia terpaksa melahirkan Baby D dalam proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Sementara itu pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Isu Solekan Mungkin Kecil, Namun Ia Besar Bagi Bintang Veteran Kerana…” -Datuk Hans Isaac

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac menyatakan Finas sehabis baik cuba menyelesaikan segala isu berkaitan industri hiburan tanah air.
Bagaimanapun, dirinya pada masa sama turut mengharapkan agar semua memberi kerjasama sebaiknya agar setiap permasalahan dapat diselesaikan.
Jelasnya, isu solekan misalnya mungkin isu kecil kepada segelintir pihak, namun ia isu besar bagi bintang veteran kerana melibatkan punca pendapatan mereka.
“Beri peluang kepada untuk kami (FINAS) lakukan sesuatu yang lain daripada sebelum ini. Mungkin kita boleh tukar industri. Jika orang industri sering bergaduh, macam mana orang nak melihat perubahan?
“Ada yang kata masalah solekan adalah isu kecil, namun bagi veteran itu merupakan masalah yang besar. Dan kami ambil pendekatan ‘quick win’.
“Setiap hari kami mengambil langkah untuk membantu industri dan tidak perlu dihebahkan kepada umum,” jelasnya lagi.
Hanns ditemui media pada majlis pelancaran program Stand Up Comedy Otai yang berlangsung di The Love, Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Pada masa sama, Hanns meluahkan kekesalan apabila setiap isu yang cuba dibangkitkan bagai tidak dihargai sesetengah pihak.
Malah sehingga kini, tiada sebarang bentuk ucapan terima kasih diterima daripada pihak terlibat.
“Setiap kali sesuatu isu industri dapat diselesaikan pula, ada sesiapa yang mengambil inisiatif untuk berterima kasih?
“Namun apabila sekali berbuat salah, kami diserang kiri kanan. Setiap perkara mestilah ada ‘try and error’.
“Sepanjang tujuh bulan menjadi pengerusi FINAS, tidak pernah seorang pun yang datang kepada saya mengucapkan terima kasih. Tapi apabila salah, bagaimana pula?
“Adakah orang hanya mahu melihat saya jatuh?” tanya Hanns lagi.
Dalam perkembangan lain, Astro bakal menampilkan program ‘Stand Up Comedy Otai’ – sebuah program yang mengangkat semula kegemilangan artis veteran tanah air.
Antara pelakon dan pelawak yang bakal menjayakan program tersebut seperti AR Badul, Salih Yaacob, Fauziah Nawi, Imuda, Ebby Yus dan ramai lagi.
Program itu dihoskan penyanyi, pelakon, dan pelawak terkenal tanah air, Joey Daud dan bakal menemui penonton mulai 5 Disember ini, pada pukul 9.30 malam.
Ia boleh ditonton di saluran 131 (Astro Warna); saluran 124 (Warna HD); dan menerusi platform Astro Go dan On Demand.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Elly Mazlein mengesahkan dirinya bakal melangsungkan majlis pertunangan bersama jejaka pilihannya asal Kelantan, menjelang pertengahan Disember ini.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menerusi Harian Metro dipetik menjelaskan, majlis akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan jemputan terpilih sahaja.
“Insya-Allah, majlis pertunangan saya nanti akan berlangsung menjelang pertengahan Disember secara tertutup.
”Untuk majlis ini, saya akan raikan bersama keluarga dan rakan media.
“Insya-Allah, majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan dalam skala lebih besar dan diraikan bersama keluarga serta rakan.
“Saya akan maklumkan apabila semua persediaan sudah lengkap dan muktamad,” katanya lagi apabila bercakap mengenai tarikh nikahnya pula.
Sematara itu, Elly masih memberikan jawapan samar-samar apabila ditanya sama ada si dia yang dikenali sebagai Azlan itu akan muncul atau tidak pada majlis berkenaan.
“Sama-sama kita nantikan,” katanya.
Sebelum ini, majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.
Terdahulu, Elly yang sinonim disapa Kak Lina itu mengenali Azlan sejak Ogos tahun lalu dan sehingga kini, belum sedia foto wajah kekasihnya pada umum.
Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta sebelum ini dan mereka dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi.
Namun keduanya mengambil keputusan untuk berpisah sejak tiga tahun lalu.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Elly Mazlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

