Uncategorized

Vivy Yusoff Dikecam Netizen Kerana Rakam Filem Crazy Rich Asian

Share

Usahawan, Vivy Yusof berdepan dengan kecaman netizen susulan tindakannnya memuat naik foto beberapa babak dalam filem Crazy Rich Asians menerusi IG Storynya, hari ini.

Walaupun foto tersebut sudah dipadam daripada IG storynya, namun netizen sempat ‘screen shoot’ terlebih dulu dan berkongsinya di laman Twitter.

Dalam pada itu, ramai pengguna Twitter meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Vivy itu.

Malah,ada juga yang meminta agar Vivy dikenakan tindakan memandangkan status selebriti yang dibawa.

Sebelum ini, penyanyi, Ara Johari juga dikecam teruk netizen apabila dia berbuat perkara yang sama menerusi filem Avengers: Infinity Wars awal tahun ini.

Foto/Instagram: Vivy Yusof & Twitter

IKLAN