Categories: Uncategorized

[VIDEO]”Whoever Thought Of This Is A Genius,”- Wayang Kulit, Roti Canai Dalam Music Video Terbaru Ed Sheeran!

Share

Penyanyi dan komposer, Ed Sheeran bukanlah satu nama asing di negara kita bahkan, setiap kali konsert jelajahnya di Malaysia, pasti akan mendapat sambutan diluar jangkaan.

Oleh disebabkan itu, bersempena dengan Bulan Kemerdekaan Malaysia, pihak Warner Music Malaysia telah merakam semula music video Ed Sheeran berjudul ‘Happier’ tetapi kali ini dalam versi wayang kulit.

Boneka asal Ed Sheeran dari muzik videonya telah digantikan dengan wayang kulit versi Ed Sheeran yang lebih ceria, namun jalan cerita muzik video itu masih lagi dikekalkan.

Antara elemen lain yang membuatkan musik video ini lebih dekat di hati rakyat Malaysia termasuklah makanan popular masyarakat kita iaitu roti canai dan beberapa babak disekitar Jalan Bangsar.

Rata-rata pendengar amat kagum dengan konsep yang cuba diketengahkan Warner Music Malaysia dengan kerjasama Fusion Wayang Kulit ini .

Terdahulu, video tersebut telah mendapat lebih 4,000 tontonan di Youtube selepas 24 jam video tersebut dimuat naik.

Foto/Video: Youtube Warner Music Malaysia

IKLAN