Uncategorized

[VIDEO]”Sakit-Sakit Pun Kene Sound,”- Rindu Rahim, Ucapan Sedih Jep & Angah Bertukar Jadi…

Share

Jep dan Angah meluahkan rasa rindu terhadap pasangan mereka Rahim yang kini sedang bercuti selepas menjalani pembedahan usus.

Katanya, mereka semua mendoakan semoga Rahim segera sembuh dan dapat memulakan kerja seperti sedia kala.

Ucapan tersebut telah diluahkan Jep dan Angah menerusi enri terbaru di laman Instagram milik pelawak berkenaan.

“Rindu kau yim, lekas sembuh ya,” tulisnya.

Dalam pada itu, sempat juga Jep berseloroh meminta Rahim untuk tidak bercuti terlalu lama kerana mereka juga mahu bercuti.

“Rahim, kami doakan kau diberi kesembuhan seperti sedia kala. Cepat-cepat datang kerja jangan lama sangat. Kawan-kawan pun gilir-gilir ambiol cuti,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan ucapan yang dibuat oleh Jep dan Angah itu selain turut mendoakan kesihatan Rahim.

Ada sahaja cara Jep nak mengusik Rahim tu ye. MH doakan semoga Rahim cepat sembuh dan dapat ke udara semula seperti biasa.

Video: Instagram Jep Sepahtu

IKLAN