Categories: Uncategorized

[VIDEO]”Dia Pukul Bersebab,”- Tular Video Dibantai Teruk Teman Lelaki, Mangsa Minta Orang Ramai Usah Masuk Campur?

Share

Baru-baru ini tular di sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang bertindak memukul teman wanitanya.

Video berdurasi 34 saat yang tersebar di laman Twitter itu nyata menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Tidak tahan dengan tomahan yang dilempar netizen, wanita tersebut telah memuat naik kenyataan di Instagram memberi tahu orang ramai untuk tidak lagi bercerita mengenai isu ini kerana segalanya sudah selesai.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Wawa itu mendakwa teman lelakinya itu memukulnya kerana bersebab dan dia telah pun memaafkan kekasihnya itu.

Dalam pada itu, lelaki tersebut telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya itu lagi.

Bagi MH, walaupun lelaki tersebut telah membuat permohonan maaf, hukuman yang setimpal harus diberikan supaya perkara tersebut tidak menjadi ikut-ikutan dimasa akan datang.

Foto: Twitter

IKLAN