Uncategorized

[VIDEO] Video Pergaduhan Safiey Illias Bawa Geng Serang Gadis Tersebar, Apa Punca?

Share

Sudahlah timbulkan kontroversi mengenai pertukaran jantina secara terang-terangan, kali ini Safiey telah kembali lagi dengan kontroversi terbaru apabila sebuah video rakaman yang memaparkan dia ‘menyerang’ seorang gadis tular di media sosial.

Walaupun video tersebut hanya berdurasi beberapa saat. Tetapi jelas kelihatan Safiey dan sekumpulan rakan-rakannya berkumpul di hadapan gadis yang dipercayai dikenali sebagai Baby Ara.

Tetapi kenapa?

Melalui satu sumber, MH diberitahu semua ini ada kaitan dengan video viral tarian Safiey Illias yang hangat diperkatakan.

Walaupun Safiey tidak mengasari gadis tersebut dan hanya merakamkan video namun ramai mula menyelar tindakan ‘acah gangster’ Safiey yang sibuk merakam permohonan maaf gadis tersebut.

Turut kelihatan Fara Mandoza yang sememangnya semua tahu hubungan mereka kini sangat rapat.

 

Namun persoalan sehingga ke hari ini, mengapa Safiey bertindak seperti itu? Adakah benar dakwaan yang mengatakan Safiey berang kerana ‘Baby Ara’ menviralkan video menarinya?

Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang Safiey ingin katakan.

 

IKLAN