Siapa yang tak kenal dengan pelakon serba-boleh, Noorkhiriah Ahmad Shapie yang cukup kelakar dan dikenali dengan latahnya. 

Perubahan ketara pada wajah pelakon Noorkhiriah yang semakin cerah dan tidak kusam menarik perhatian pengikutnya di laman Instagram dan Facebook.  Rata-rata memuji penampilan Noorkhiriah yang menginjak usia 41 tahun ini.

Masalah blackhead adadalah salah satu masalah yang menghantui kita semua kan? Kadang-kadang rasa rimas tengok cermin dengan muka yang penuh dengan blackhead, biasanya banyak dekat hidung. 

Berkongsi rahsia, Noorkhiriah yang terkenal melalui watak Bedah Tong Gas memberi tips bagaimana untuk menghilangkan blackhead dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah sahaja.

IKLAN

Video yang berdurasi beberapa minit itu dimuat naik Khiriah itu ditonton lebih 43 ribu kali, dan pelbagai komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan lograt Khiriah ketika bercakap dalam video tersebut.

IKLAN

“Blackhead, whitehead semacam head dekat hidung hanya pakai garam dengan ubat gigi. Jangan tanya boleh satu muka boleh ke tak, sebab koi tak penah buat. Hidung aje, yang lain ikut dema la yerk. Yang penting saya buat tak pedih dan tak rasa apa-apa pun.

 

“Selamat mencuba..yg penting memang berkesan, jimat. InsyaAllah ada hasilnya. Apa ubat gigi pun boleh digunakan, jadi tidak kisah la jenama apa sekalipun. Assalamualaikum!”

Baru-baru ini juga Khiriah mengejutkan ramai pihak apabila menarik semula keputusan bersara daripada dunia seni.

IKLAN

Mengulas perkembangan terbaru, ibu kepada dua anak ini sedang menjalani rakaman program masakan Kecoh Dapur musim kedua.Noorkhiriah dan teman baiknya, Ieda Moin berganding sebagai pengacara.

Jom kita lihat tips berguna ini :

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI