Tindakan pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh telah mendapat perhatian apabila dia menjaga ibu mertuanya ketika sedang solat di depan Kaabah, baru-baru ini.
Video berdurasi 40 saat itu melihatkan pelakon drama Kum Kum mengawal ibunya sedang solat ketika dikelilingi orang ramai.
“Perasan tak stocking Marsha sebelah lain sebelah lain.. agak agak sebab apa? Sebab Marsha baru keluar dari kucup Hajarul Aswad sampai tercabut stocking sebelah tp Alhamdulillah diberi peluang kucup hajarul aswad dan solat di hijir ismail. Syukur Ya Allah,” tulisnya menerusi video yang direpost kembali.
“Sekali imbas macam sama,”. Itu antara kata-kata yang sering dipersoalkan netizen apabila Instafamous, Siti Khadijah Halim mempunyai iras selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari.
Memiliki bentuk muka dan dagu yang runcing, Siti antara Instafamous yang sering mendapat perhatian kerana aktif berkongsi teknik solekan yang sentiasa on point.
Senarai 12 buah lagu terbaik yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) selepas berentap di pentas Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Jumaat telah diumumkan.
Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL33 yang bakal bersiaran Februari depan adalah Semakin – Siti Sarah (Mera Utama), Bunga – Ara Johari (Hang Nadim/Laq/Kadok), Kau Pun Sama (Syamel), Sampai Bila – Misha Omar (Sharon Paul/Fedtri Yahya & Shah Shamshiri), Haram – Hael Husaini & Dayang (Hael Husaini/Ezra Kong) dan Luluh – Khai Bahar (Khai Bahar).
Enam lagu lain yang turut mara ialah Bunga – Altimet (Omar K & John Jeevasingam/Altimet), Jatuh Bangun – Haqiem Rusli ft Aman Ra (Haqiem Rusli, Omar K & Ikhwan Fattana/Omar K, Ikhwan Fattana & Aman Ra), Amylea X Kaer (Farouk Roman/Amylea), Hajat – Hael Husaini (Hael Husaini/Ezra Kong), Di Matamu – Sufian Suhaimi (Sirkhan & Rinkarnaen) dan Nisan Cinta – Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Hael Husaini/ Mike Chan/Ezra Kong).
Program tersebut telah bersiaran selama tiga minggu, bermula 9 November lalu dengan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik yang dicalonkam di Muzik-Muzik sepanjang tahun 2018.
SFMM33 dihoskan olen Haziq dan Sherry Al Hadad. Kesemua lagu dinilai oleh barisan juri professional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan Datuk Mokhzani bertindak selaku ketua juri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Mawar Rashid sentiasa mendoakan kebahagian berpanjangan buat abang iparnya, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Kisahnya, Mawar juga sempat muat naik foto bersama pasangan itu semasa majlis persandingan semula mereka pada Rabu.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Persandingan semula #Fazrene13. Semoga perkahwinan Balong & Kaklong sentiasa dirahmati ALLAH SWT dan berbahagia hingga ke Jannah. Amin,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mengatakan bahawa raut wajah Mawar dan Azrene kelihatan seiras.
Mawar sebelum ini berkahwin dengan adik Fazley yang juga merupakan seorang pelakon, Raf Yaakob pada November 2017. Dia kini sedang hamil anak pertama mereka.
Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulunya, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3 tahun.
Bagaimanapun, anak kepada Raf tiba-tiba meminta agar ibu dan bapanya pula yang bersanding.
Menerusi satu video yang dimuat naik pelakon drama Awak Suka Saya Tak itu di laman Instagramnya, kelihatan kedua-dua anak Raf memohon agar papa dan mummy bersanding semula agar mereka dapat menghadiri majlis tersebut.
“Ok so @raysaachanela wants me and @mawarashid to get marry again. So she and @radenrayyan can attend this time.
“Cos they didn’t attend #MawaRafReception last year. In her mind, surely that place have swimming pool and then she want to terjun blub blub blub.
“I said can, lepas your mummy Rose gave birth to your adik (10th anniversary perhaps). And then Ksya added…”But we must buy kampung first”. Puas kami pikir apa itu kampung. Rupa-rupanya, she meant CROWN,” tulisnya di kapsyen.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...