Uncategorized

[VIDEO] “Terharu Tengok Awak Dik,” – Puji Netizen Pada Video Ally Iskandar Papar Situasi Remaja, Ibu Mengandung

Share

Pengacara, Ally Iskandar ada berkongsi satu video di Instagramnya mengenai satu senario yang sering kita lihat semasa menggunakan pengangkutan awam iaitu LRT.

Dalam video berdurasi 59 saat itu kelihatan seorang anak muda dipercayai pelajar sekolah bangun memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita yang mengandung.

“Okay, ini anak siapa ni?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tindakan anak muda itu turut mendapat pujian netizen, rata-rata mereka juga memuji ibu bapanya yang dilihat pandai mendidik anak mereka.

 

Bagaimanapun, ada juga meluahkan rasa kesal apabila di sekeliling anak muda itu dipenuhi dengan golongan dewasa namun tiada seorang pun bangun memberikan tempat duduk mereka kepada ibu mengandung tersebut.

Alahai, sejuk perut ibu mengandung. Melihatkan tindakan anak muda itu membuatkan MH sendiri rasa kesal dengan sikap sesetengah golongan dewasa yang mementingkan diri.

Apa-apapun, MH sangat suka dengan perkongsian Ally ini yang nyata membuka mata netizen mengenai kesedaran sivik.

Foto/Instagram: Ally Iskandar

IKLAN