Uncategorized

[VIDEO] “Tendanganmu Jadi Insiprasiku,”- Coretan Isteri Tauke Buat Kandungan Cecah 7 Bulan, Netizen Tersentuh!

Share

Semestinya detik paling indah bergelar seorang ibu adalah ketika melahirkan anak yang dikandungkan.

Begitulah yang dialami isteri pelawak Tauke iaitu Nadiya yang kini sarat hamil tujuh bulan.

Menariknya, Nadiya atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi telah berkongsi video di Instgramnya beserta coretan indah buat zuriatnya itu.

“Wahai anak.. Dengarlah coretan ibumu ini..moga menjadi bekalan esk2 bila ibu sudah tiada. Pengalaman ibu mangandungkan kamu ckup bermakna..setiap tendanganmu menjadi inspirasi ibu kuatkan semangat menempuh hari2 untuk bertemu denganmu..Susah, senang, sakit ibu akan sentiasa bersama dan menyangimu sampai ibu menutup mata,” tulis Nadiya.

Tambahan pula, Nadiya turut berkongsi perasaan ketika hamil anak pertama itu.

“Ingatlah wahai anak jadilah anak yg soleh /solehah..jangan alpa dengan duniawi semata2..hormatlah pd orang tuamu jadilah orang yang berguna..ingatlah pengorbanan ibumu yang mengandungkan kamu selama 9 bulan dengan berbagai-bagai rintangan cubaan semasa kamu didalam rahimku,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Nadia juga berharap agar anaknya itu membesar dengan sihat dan baik.
“Ibu tak meminta lebih darimu syg..cuma ibu mahu kamu selamat dan sihat membesar walau apa2 pun yang berlaku..berjanjilah untukku wahai anakku…aminn.. Yg ikhlas Ibumu,
nadia binti mohd affandi.. 22/10/2018.. 13.09 pm,” tulisnya lagi.

Serentak itu, netizen turut mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan.

Apa-apa pun, semoga Nadia dan bayi berada dalam keadaan sihat dan baik ya!

Video : Instagram Nadia

IKLAN