Uncategorized

[VIDEO] ‘Taknak Kawan 5 Minit’ – Bersemut Teruk Zara Zya Merajuk Dengan Hafreez Adam

Share

Mungkin ramai di antara korang yang sudah sedia maklum bahawa pelakon cantik, Zara Zya dan pelakon kacak, Hafreez Adam kini sedang hangat bercinta.

Tidak dinafikan, Zara dan Hafreez kelihatan sangat secocok dan para peminat juga turut suka melihat hubungan mereka.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram Hafreez, dia ada berkongsi sebuah kompilasi video dirinya mengusik teman wanitanya itu sehingga terkejut.

Alahai bersemut sangat MH tengok Zara dengan Hafreez ni tau! Kalau tak percaya jom MH bagi korang tengok sendiri macam mana terkejutnya Zara bila kena usik dengan Hafreez.

Berbunga-bunga pula hati MH melihat hubungan mereka yang sangat sweet bersama.

Dalam pada itu, di ruang komen video yang dikongsi oleh Hafreez ini, MH terlihat Zara meninggalkan komen seperti merajuk terhadap Hafreez.

Mungkin Zara merajuk kerana Hafreez memuat naik video dirinya diusik sehingga terkejut.

Nampaknya rata-rata netizen menyifatkan Zara sebagai seorang yang comel dan terhibur melihat aksi terkejut Zara apabila diusik.

Apapun, MH doakan yang baik-baik untuk hubungan yang terjalin antara Zara dan Hafreez. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Sumber: Instagram Hafreez Adam

IKLAN