Tindakan Syatilla Melvin ‘menerkam’ ke arah suaminya, pelakon Shaheizy Sam sebaik selepas menunaikan solat mendapat kritikan ramai apabila rata-rata netizen tidak bersetuju dengan konten video yang dibuat pasangan itu.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram milik Syatilla dan Sam, aktres itu dilihat terus meluru ke arah suaminya sebelum menghidu bahagian leher Sam.
Tindakan ibu kepada tiga cahaya mata itu dikatakan tidak manis kerana seolah-olah mempermainkan solat demi menghasilkan konten di media sosial.
“Nak buat konten pun tak payahlah dengan benda-benda sensitif macam ni. Macam memainkan solat pula.
Ads
“Dah tiada idea nak buat konten ke apa.
“Solat pun buat konten ke? Dunia dah akhir zaman.
“Maaf bang nak bagi tahu sikit.. kalau solat tu betul masa rakam, tidak mengapa. (Tapi) kalau solat cuma berlakon, haram hukumnya,” komen sebahagian netizen.
Ads
Bagaimanapun, Syatilla dan Sam dilihat telah menutup ruangan komen selepas video mereka mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.
Untuk info, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samhiezy, 4, dan Salama Samheizy yang kini berusia lapan bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Keluarga kecil kami semakin bertambah. Lima bulan,” tulisnya ringkas.
Menerusi entri yang sama, bekas peserta Akademi Fantasia 2014 ini turut berkongsi foto ‘baby bump’ ketika sedang bercuti bersama keluarganya baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar segala urusan Nina sewaktu hamil dan bersalin nanti akan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah, tahniah Nina dan suami. Semoga Allah permudahkan segalanya.
“Alhamdulillah, congrats dear. Please take care ya. Jangan lupa pakai pelitup muka ketika di luar.
“Happy for you guys.
“Lily akan jadi kakak ye.
Tahniah dan semoga selamat semuanya,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Nina dan suaminya, Ahmad Farhan Rusman telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 29 Julai 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nina Lilyanna.
Sepanjang bergelar penyanyi, Nina telah pun mengeluarkan beberapa buah single seperti Si Cantik Aku, Misteri dan Permaisuri.
Malah, Nina juga pernah membintangi drama-drama tempatan seperti Red Velvet, Isteri Vs Tunang dan Kerana Aku Isteri Bidaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nina Nadira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemain bola sepak negara, Izham Tarmizi memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon terkenal, Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga awal pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Izham menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan baby girl yang juga merupakan anak ke tiga kami pada jam 1.25 pagi tadi,” katanya.
Menerusi entri yang sama, penjaga gol pasukan Sri Pahang itu turut berkongsi foto yang memaparkan dirinya sedang memangku bayi perempuannya itu.
Malah, Izham turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan atlet serta serta turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga Izam dan Mia kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Izham dan Mia telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 Januari 2017 dan terlebih dahulu dikurniakan dua cahaya mata.
Terdahulu, selepas hampir lapan tahun bersama pasukan Johor Darul Takzim, Izham bakal memperkuat pasukan Sri Pahang bermua musim hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Izham Tarmizi & Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akui berdepan pelbagai cabaran termasuklah dakwaan rumah tangga yang didakwa diganggu orang ketiga sepanjang menyertai program realiti, Famili Duo.
Pendedahan tersebut sekali gus menjawab spekulasi ramai berhubung sebuah hantaran tentang perkongsian Bella di Instagram Story baru-baru ini.
Jelas Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, posting tersebut merupakan ‘amarannya’ buat individu terbabit agar tidak lagi menggangu suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.
“Rasanya ramai yang boleh nampak dan setiap orang punyai masalah peribadi tersendiri. Mengimpikan hidup yang sempurna itu memang susah.
“Mengenai posting di Instagram, saya sebenarnya risau seandainya kejadian lama (kemelut rumah tangga) berulang kembali. Sebagai isteri, saya memang ada perasaan trauma.
“Alhamdulillah, Aliff telah menunjukkan banyak perubahan sejak kami rujuk. Selepas Aliff buat comeback, dia shooting dengan ramai pelakon wanita seperti Nad Zainal dan Intan Najwa tapi tiada masalah pun.
“Sampailah yang baru-baru ini, memang ada masalah. Posting tersebut merupakan amaran dan saya sudah pun bertanya kepada Aliff berhubung isu tersebut. Kata orang, sebelum apa-apa kita kena tanya suami kita dahulu,” katanya kepada MH.
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia bertambah geram apabila individu bergelar pelakon itu kerap cuba menghubungi suami dalam satu masa.
“Bila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu. Pada mulanya, saya tak tahu itu nombor siapa. Bila saya minta nombor individu tersebut daripada rakan artis, rupanya memang nombor yang sama.
“Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu. Saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tak pernah pun berhubung selepas waktu kerja. Kalau telefon sekali dua, saya faham lagi. Tapi kalau tujuh lapan kali, saya tak nampak sebabnya,” kongsinya lagi.
Bella berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh akhir Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.
Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan pelakon wanita tersebut telah memohon maaf dan mengakui kesilapannya itu.
“Saya ada berhubung dengan pelakon wanita tersebut. Dia memohon maaf dan mengakui dirinya bodoh kerana tersuka pada suami saya. Dia direct message dan Whatsapp tanpa henti. Dia minta kami berkawan tapi saya tak mahu.
“Sekarang ini makin ramai yang berani mendekati pasangan orang lain. Saya rasa sangat kecil dan tidak dihormati,” ujarnya.
Bagaimanapun, Bella memberitahu, dia memerlukan masa untuk memaafkan individu terbabit.
“Saya ini hanyalah manusia biasa. Mungkin proses ini mengambil masa perlahan-lahan. Yang kejadian sebelum-sebelum ini pun saya dah maaf dan lupakan.
“Mungkin ini kuasa Allah. Saya tidak simpan perasaan dendam dan benci. Cuma kejadian yang terbaru ini saya tak boleh terima. Sebagai orang industri, mungkin dia pun tahu apa yang pernah kami lalui. Dia sepatutnya lebih berhati-hati.
“Apapun, Aliff dah bersetuju untuk tidak lagi bekerjasama dengan pelakon tersebut lagi selepas ini. Mereka ada sebulan lagi untuk habiskan penggambaran. Aliff pun ajak saya datang ke set kalau ada kelapangan,” akhirinya.
Terdahulu, Bella dan gandingannya Wani Kayrie telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Famili Duo yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Ikuti temu bualnya mengenai isu berkaitan di sini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.