Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Semoga Tanah Bertuah Ini Tidak Dilaknat Allah,”- Jep Sepahtu Rindu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz

Share

Pelawak serta penyampai radio, Jep Sepahtu menzahirkan rasa rindu yang mendalam buat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.

Menerusi Instagram, Jep telah memuat naik sebuah video puisi yang dideklamasikan oleh pelakon muslimah Indonesia, Oki Setiana Dewi berjudul ‘Puisi Untuk Negeri Kelantan’.

“Dulu kami tumpang redup doanya yang karamah. Moga tanah bertuah ini tidak dilaknat Allah. Al-Fatihah.. #TGNA,” tulisnya sebak.

Dalam pada itu, Jep turut berdoa supaya bumi Malaysia yang bertuah ini tidak dilaknat Allah S.W.T. Ternya entri Jep tersebut telah ‘menjentik’ banyak hati yang turut sama merindui ulama tersohor itu.

Allahu kami juga amat merindui Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan MH doakan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Foto/Video: Instagram Jep Sepahtu & Carian Google

IKLAN