Uncategorized

[VIDEO] Selesai Menyanyi Baby Shima Jatuh Pengsan, Live Di Big Stage!

Share

Minggu kedua saingan program realiti yang mengetengahkan penyanyi angkatan baru, Big Stage kecoh apabila salah seorang pesertanya, Baby Shima jatuh pengsan selepas selesai membuat persembahan, awal malam tadi.

Penyanyi berusia 25 tahun yang kini sedang giat mencipta nama di Indonesia terdahulu mendendangkan lagu asal Nike Ardilla, Ku Tak Akan Bersuara sebelum jatuh tersungkur secara langsung, sejurus persembahan.

Malah pada peringkat awalnya, ramai yang terpinga-pinga dan ada yang membuat andaian apa yang berlaku tidak lebih daripada hanya sebahagian daripada gimik persembahan.

Hakikatnya, apa yang berlaku adalah realiti dan penyanyi berkenaan telah pun dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan susulan.

Meski tidak sempat untuk juri memberikan komen, Shima bagaimanapun setakat ini masih berjaya mengekalkan kedudukan di posisi baik dari kalangan para peserta bertanding.

Sementara itu menerusi saingan minggu kedua, Fara Hazel diumumkan sebagai peserta sulung yang tersingkir di Big Stage.

IKLAN