Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Saya Peminat Tegar Cik B,” – Bila Datuk Seri Vida Bawa Cik B Jumpa Peminat

Share

Wow! Hebat juga ya penangan anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B ini ya. Ternyata, dia juga mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri.

Kisahnya semalam, kedatangan DSV dan Cik ke sebuah sekolah bertukar menjadi ‘fan-meeting’ apabila para pelajarnya kelihatan mengalu-alukan kedatangan kedua-dua mereka.

“Saya bawa Cik B secara eksklusif kat Sekolah Kebangsaan Agama Syeikh Malik,” tulisnya di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang mengakui sangat meminati Cik B.

Malah ada juga yang meminta DSV adakan ‘fan-meeting’ sebenar khas untuk Cik B dan para peminatnya.

Mungkin cadangan itu akan diambil kira oleh pihak DSV, yalah kalau dah ramai yang meminta tentulah pihak mereka akan cuba merealisasikannya kan? Apa-apapun, minat-minat juga tapi jangan terlalu obses ya!

Foto: Instagram Datuk Seri Vida

IKLAN