Menerusi entri terkini IG TV di akaun Instagram milik pengacara Iesya Toh, ibu kepada dua cahaya mata ini ada berkongsi pendapat mengenai golongan tertentu yang seolah-olah ingkar ikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.
Menerusi satu video, Iesya turut meluahkan kesal dan sedih dengan sikap segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab dan amil mudah terhadap hal berkenaan.
“Hari ini saya nak tunjuk daripada rumah nak pergi ke tempat untuk beli barang dapur sangat dekat okey, sebab apa saya nak buat video ini saya peliklah tengok artis, personaliti tidak kiralah Instafamous sekali pun yang sibuk tunjuk dekat Instagram masing-masing, media sosial keluar dengan anak-anak jumpa keluarga yang lebih daripada 10KM dalam keadaan sekarang.
“Dalam tempoh PKP fasa ketiga ini sangat kritikal untuk negara kita. Bukannya main-main! Tolonglah tunjuk macam itu untuk apa? Untuk provokasi orang untuk keluar? Semua orang pun rindu keluarga.
“Kalau anda tunjuk macam tu untuk apa? Niat apa? Niat nak tunjuk yang anda boleh buat sebab orang lain tak boleh buat, macam tu ke?,” luahnya.
Eisya pada masa sama turut mendedahkan dia mampu untuk berbuat hal sama, bagaimanapun dia lebih rela patuhi arahan demi kebaikan bersama.
“Saya boleh guna saya punya kabel untuk saya keluar untuk saya jumpa mak saya di Rawang, kenapa saya tak buat?
Ads
“Sebab saya risau kalau saya buat orang lain pun rasa juga. Kenapalah semua artis macam ni eh? Buat malu Ya Allah Ya Rabbi Ya Rasul.,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Iesya berkata penularan wabak Covid-19 ini harus diambil sebagai satu masalah yang serius dan sarankan semua untuk mematuhi arahan.
Ini kerana, tiada siapa yang boleh ‘terlepas’ dari pandemik berbahaya itu.
“Semua orang tengah terkesan tengah beremosi jadi tolong tak ada sebab untuk kita langgar PKP. Anda siapa? Sekarang ni orang kaya mana pun tak boleh keluar.
Ads
“Orang yang kaya gila pun tak boleh terlindung dengan Covid-19. Menteri pun tak boleh ketepikan, hello saya menteri Covid-19 sila pergi, tidak!
“Tiada perkara sebegitu dalam dunia ini. Semua orang terkesan dengan Covid-19, yang nak tunjuk sangat keluar dengan anak-anak tu kenapa? Bila netizen komen anda kecam. Apa benda ni?
“Tengok saya punya rumah tadi dengan sini dah sampai dah pun. Tak ada perlulah nak keluar tanpa sebab, tak perlu! Siapa yang tak risau bertambah pula dengan keadaan Umi saya yang tak sihat?
Ads
“Tapi saya tak guna kabel saya untuk saya jumpa mak saya dan saya benci tengok orang-orang taka da tanggungjawab yang pentingkan diri sendiri. Sangat memalukan!,” luah Iesya panjang lebar menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.
Baru-baru ini, seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Hafiz Zainal ada berkongsi satu rakaman video di akaun Twitter miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan penyanyi Shiha Zikir sedang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta nyanyian asal penyanyi Indonesia, Rossa dan Pasha.
Apa yang menarik, Shiha turut berduet bersama doktor gigi berkenaan selepas menjalani rawatan gigi di kliniknya.
“Lepas dentist buat whitening, ajak patient nyanyi sekali @shihazikir87,” tulisnya.
Selepas disahkan bebas dari jangkitan wabak COVID-19 pada Sabtu selepas menjalani ujian swab kedua, pelakon Puteri Aishah ada memberikan penghargaan serta dedikasi buat para petugas kesihatan serta pesakit lain yang turut menjalani rawatan sama.
Menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Sungai Buloh lebih seminggu lalu, bintang filem Pulang ini turut berkongsi beberapa lampiran foto di Instagram yang secara langsung merakam memori sepanjang menjalani tempoh rawatan.
Jelas Puteri, dia merindui segala momen dan menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
“I miss them already. Thank you jadi kawan Puteri masa dlm ward kak Pakia, kak Grace & kak Shima.
“Especially kak Pakia sbb selalu ada time Puteri down and sedih. Dia selalu pesan jangan lupa dia. I wont forget you!
“Puteri akan ingat kita selalu share makanan, family stories, suka duka & puteri ajar kak Pakia makeup, i will never forget that! Thank you to nurses and doctors jugak sbb baik dgn Puteri and kawan2 dlm ward.
“Dr Hannah selalu happy je bila dgr suara dia rasa mcm sihat terus. Nurse kak Zue pun sama, selalu comfort Puteri time Puteri sakit.
“Dr Omar selalu bagi info and siap tanya kan kat nurse i boleh pakai hairdryer ke tak. Thank you guys. I’ll treasure this experience forever,” tulis Puteri panjang lebar.
Terdahulu menerusi entri di Instagram sebelum ini, peserta Dewi Remaja 2015 ini memaklumkan dirinya negatif wabak berkenaan dan memanjat rasa syukur serta terima kasihnya atas doa semua.
Pelakon Nadya Syahera ada berkongsi foto memori tahun lepas apabila dirinya sekeluarga bercuti ke luar negara.
Meski banyak dugaan yang perlu didepani kerana membawa dua anak kecil ke destinasi percutian yang agak jauh berbanding sebelum ini, namum dia gembira apatah lagi apabila mengenangkan situasi semasa yang berlaku ketika ini.
“Antara kenangan tahun lepas, 1st time bawak 2ketui ni pi jalan jauh. Banyakkk jugak cabarannya, sangat berbeza dgn trip2 sblm ni ye.
“Bawak anak kecik tak sempat bercinta wey haha. Biasa p berdua, pastu terus try p berempat negara yg jauh, sejuk plus last minit plan. Nahhh! macam2 lah jadinya.
“Tapi keseluruhan, anak2 happy and kitorg pun happy sbb dorg happy,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon drama rantaian, Chandelier ini turut berdoa agar umat Islam dapat meraikan Syawal sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
“Pastu siapa sangka, tahun ni mungkin tak berpeluang dah nak pegi travel negara2 luar akibat penularan Wabak Covid19 ni, habis semua kena.
“Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan?
Takpelah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadhan kita tahun ni takkan sama dgn tahun2 sblm ni.
“Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu. Hapuslah wabak covid19 ya allah,” pohon isteri kepada usahawan, Fizul Nawi ini.