Uncategorized

[VIDEO] Sambut Hari Jadi Suami, Ini Ucapan Bersemut Nabila Huda. Romantisnya!

Share

Pelakon Nabila Huda telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang melihatkan dia mengembalikan momen-momen indah sempena hari jadi suaminya, Mohd Izwan Johar.

Izwan atau nama panggilannya Bert telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-35 tahun.

Video berdurasi satu minit itu juga hampir mencecah 50,000 tontonan di Instagram.

“Bila kita pertama kali jumpa, sudah jelas betapa kelakarnya awak. Dan selepas itu saya belajar, di sebalik semua itu, ada seorang lelaki berhati baik, penyayang dan pelindung.

 

“Paling penting, awak sayang Keisha macam anak sendiri. Walaupun kadang-kadang terlampau juga sampai kita rasa tersisih. Haha ada juga eh drama.

 

“Sejujurnya, saya jatuh cinta dengan awak setiap hari! Awak adalah ubat yang sempurna dan saya ketagih dengan awak,” tulisnya di ruangan kaspyen.

Pelakon drama bersiri KL Gangster Underworld ini juga menyifatkan bahawa Bert seorang yang penyabar dengan karenah ‘gila-gilanya’ itu.

Awak sentiasa buat saya ketawa, mengusap air mata saya, peluk saya dengan erat, melihat saya berjaya, meihat saya gagal, bersorok untuk saya dan pastikan saya terus kuat.

 

“Suami saya adalah janji daripada Allah yang saya akan ada kawan untuk selama-lamanya. Saya ada kehidupan sebelum jumpa awak tapi awak yang memberikan ia bermakna,” tulisnya lagi.

Nabila, 34 turut berterima kasih kepada Bert kerana telah menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang kepadanya dan Keisya.

“Terima kasih untuk segala yang awak telah berikan kepada saya. Masa, penjagaan, perhatian dan layan je kerenah isteri mu yang drama ni.

 

“Jadi, pada hari lahir awak patut bersyukur sebab memiliki seorang isteri yang baik, dicintai, cantik dan gila.

 

“Selamat hari lahir lelaki yang paling baik di dunia! Saya cinta awak!” katanya.

Netizen turut terhibur melihat video berdurasi satu minit itu dan mengganggap bahawa pasangan itu adalah sebuah keluarga yang bahagia.

Nabila dan Bert telah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015.

Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani pada tahun 2008, namun perkahwinan mereka gagal dan bercerai pada tahun 2011. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila, 8 tahun.

Video : Instagram Nabila Huda

IKLAN