Uncategorized

[VIDEO] ‘Sakit Perut Aku Gelak’ – Parodi Video Syantik Dance Oleh Jihan Dapat Perhatian Netizen

Share

Baru-baru ini tarian lagu ‘Syantik’ jadi viral di Malaysia dimana ramai orang cuba melakukan tarian tersebut.

Apa taknya, tariannya yang mudah serta lagu yang ‘catchy’ membuatkan kita pun rasa nak menari sekali kan?

Namun, MH pasti bahawa tiada siapa yang dapat melawan ‘ratu parodi Malaysia’, Jihan Muse apabila dia memuat naik video melakukan tarian tersebut di program ‘Meletop’ semalam.

Turut membintangi video klip parodi tersebut adalah Bell Ngasri, Mark Adam, Achey, Fad, Atu, Syuk, Eyya dan ramai lagi.

MH sendiri yang sudah menontonnya memang ‘berguling’ ketawa. Serius memang lucu video tersebut.

Turut berpendapat sama adalah netizen. Rata-rata memuji tahap kelakar dan kreativiti setiap selebriti di dalam video klip tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji ‘tarian kwangsoo’ di penghujung video tersebut oleh Atu Zero. Sekali tengok memang ‘sebijik’ juga.

Apa-apapun, MH kongsikan video tersebut kepada pembaca. What say you?

IKLAN