Uncategorized

[VIDEO] “Risau Pula Part Tarik Tu,”- Netizen Bimbang Kandungan Betty Rahmad Bila Nyanyi ‘High-Pitched’

Share

Pelakon Betty Rahmad kini sedang menanti detik kelahiran cahaya matanya tidak lama lagi.

Bagaimanapun seperti biasa, Betty yang sering memuat naik video di Instagram ada ‘menghiburkan’ pengikutnya dengan menyanyi.

Adik bongsu aktres Umie Aida dan Erma Fatima itu telah berkongsi video dia mengalunkan lagu lagu I Don’t Wanna Be You Anymore nyanyian Bellie Eilish.

Dalam ramai yang suka, ada juga teguran netizen apabila pelakon ini ‘menarik nada tinggi’ lagu tersebut. Lalu, ada yang risau mengenai kesihatan kandungannya itu.

Akan tetapi, ada netizen yang memuji kehebatan suara Betty yang merdu itu.

Terdahulu, Betty telah pun hamil 6 bulan hasil perkongsian hidup dengan Ardy Damis pada Oktober tahun lepas.

Apa-apa pun, MH doakan agar Betty dan kandungan berada dalam keadaan baik dan sihat.

Video : IG Betty Rahmad

IKLAN