Categories: Uncategorized

[VIDEO] “Prettiest Mermaid Ever,”- Netizen Kagum Tengok Kebolehan Lara Alana Berenang Dengan Lancar, Comelnya!

Share

Anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana ada memuat naik videonya di Instagram awal pagi tadi.

Video tersebut memaparkan dirinya sedang bermandi manda di sebuah kolam renang berteknologi tinggi.

“One of the coolest pool I ever been to. They have the underwater speaker so you can enjoy the music while swimming,” tulisnya.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah kebolehan Lara berenang dengan lancar tanpa bantuan daripada penjaga.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kebolehan Lara tersebut selain turut menyifatkannya seperi ikan duyung yang comel.

Wah, pandainya Lara berenang. MH ingat lagi saat pertama kali mama dan papa menghantar Lara belajar berenang dan kini dia sudah boleh berenang dengan sendirinya.

Siapa tahu satu hari nanti Lara boleh mewakili negara dalam acara renang. Semoga berjaya.

Foto: Instagram Lara Alana

IKLAN