Uncategorized

[VIDEO] “Power Gila!,” – Netizen Puji Ramlah Ram Masih Boleh ‘Tarik High Note’ Lagu Sendiri

Share

Penyanyi, Ramlah Ram baru-baru ini memuat naik video dia menyanyikan lagunya sendiri dalam sebuah majlis di laman Instagramnya.

Dalam video berdurasi 59 saat itu menyaksikan Ramlah Ram secara bersahaja menyanyikan salah satu lagu hitsnya iaitu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu.

“Utk korang yg suka Kunci tu..Nah belanja sikit ‘Kau Kunci’. #kaukuncicintakudidalamhatimu #laguhits,” tulisnya.

Menariknya, dia masih boleh ‘menarik’ nada tinggi dengan baik membuatkan ramai netizen memujinya.

 

Dalam pada itu, ada juga komen yang menitipkan rasa rindu buat penyanyi itu.

MH sendiri sebenarnya sangat kagum dengan kehebatan vokal Ramlah Ram yang masih hebat dari dulu hingga kini. Masih berbisa gitu!

IKLAN