Uncategorized

[VIDEO] Pergh, Aeril Zafril Diserbu Awek Korea, Wawa Zainal ‘Makan Hati’!

Share

Tercuit pula hati kami bila melihat perkongsian Wawa Zainal apabila bercerita tentang suaminya yang ‘di serbu’ oleh gadis Korea ketika bercuti di negara Running Man itu.

Wawa yang memuat naik sebuah video dengan kepsyen “Jangan kata awek korea, orang lelaki pun ramai geram dengan Aeril” buatkan ramai turut terhibur dengan kata-kata Wawa.

Bukan sahaja perempuan, malah lelaki juga cuba mencuri peluang bergambar dengan Aeril!

Aeril yang sibuk melayan ‘peminat-peminatnya’ itu telah membuatkan Wawa sendiri ‘makan hati’ dibuatnya!

“Hello bini dia kat sebelah ni,” tulisnya lagi.

Terhibur dengan gelagat suami isteri ini, ramai juga pengikutnya yang turut mengusik Wawa.

Malah ada juga yang berkata kemungkinan besar kerana Aeril kelihatan ala Wolverine kerana itu ramai yang ingin bergambar dengan suami Wawa.

Apapun, MH suka betul melihat kedua pasangan ini. Mereka nampak sungguh bahagia dan secara tidak langsung memberi inspirasi pada orang ramai untuk sentiasa mendampingi pasangan di saat suka mahupun duka!

Okay tak nak cakap banyak, #MHBelanjaGambar Aeril dan Wawa di Korea!

IKLAN