Uncategorized

[VIDEO] Pecah Perut Tengok Kenakalan 4 Sahabat Ni! Minta Maaf Sampai Gigit Tangan Kawan!

Share

Aduh berdekah MH tengok kenakalan 4 orang sahabat ini Farah Fauzana, Shila Amzah, Jihan Muse dan Zara Zya! Lucu habis, ada sahaja yang nak dilakukannya.

Tambah pula bila adanya Jihan dan Farah yang memang terkenal dengan sikap yang suka mengusik lagi lah meriah bukan main!

Baru-baru ini, mereka berempat ada berjumpa di sebuah hospital untuk meluangkan waktu bersama.

Apa yang melucukan keempat-empat sahabat ini melakukan sesi meminta maaf atas ketelanjuran dan kesilapan yang pernah dilakukan masing-masing.

keadaan menjadi huru-hara apabila Zara Zya dibuli oleh Farah dan Jihan. Bayangkan, ketika memohon maaf, mereka tidak mencium tangan Zara Zya, tetapi mengigit dan ada juga yang menjilat!

Lebih melucukan kaca mata Farah turut patah akibat masing-masing bergelut sesama mereka.

Aduh memang lucu habis! MH rasa seronok melihat hubungan baik mereka berempat.

Malah, netizen-netizen di luar sana turut terhibur dan admire kegilaan mereka sehingga menggelarkan persahabatan mereka sebagai #FriendshipGoal!

Aduh comel je masing-masing. Apapun MH doakan agar hubungan mereka berempat akan selamanya sebegini dan terus memberikan contoh yang baik kepada peminat diluar sana.

IKLAN