Atlet terjun negara, Pandelela Rinong baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan di Universiti Malaya (UM) Sabtu lalu.
Menariknya, Pandelela telah berkongsi video di akaun Instagramnya yang memaparkan dia membuat terjunan papan anjal sambil memakai jubah konvo.
“First and last dive wearing my graduation robe,” tulisnya.
Susulan itu, netizen telah memberikan ucapan tahniah atas kejayaan atlet negara itu.
Namun, ada segelintir netizen yang mempertikaikan cara atlet itu seolah-olah tidak menjaga etika pemakaian jubah konvo.
Bagaimanapun, Pandelela tidak mengambil pusing akan perkara itu, sebaliknya menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi kepada remaja di luar sana.
“Dear graduates, first of all my utmost congratulations for your successful convocation this year. I know it took years of hard work and late night studying, not to forget the tough days where you have to keep calm and be strong to achieve it but I know you all glad you did it because you finally get to wear the academic attire.
Do you like your graduation robe? Because I really do, especially the colour and design. Well done to UM on this one! I’m really happy that I get to buy it and hang it at home. Who knows it can motivate me again to pursue my studies further after,” tulisnya.
Foto : Instagram Pandelala Rinong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI