Ads

[VIDEO] Nama Malaysia Jadi Sebutan Dalam Muzik Video Terbaru Justin Timberlake

Siapa yang tak kenal Justin Timberlake kan? Tidak dinafikan namanya sangat besar dan punyai pengaruhnya yang tersendiri.

Setelah lama berdiam diri, Justin atau dipanggil JT muncul dengan album baru iaitu Man of The Wood, apa yang lebih menarik kali ini, JT telah mengeluarkan muzik video Filthy yang ada menyebut nama Malaysia!

Kalau korang perasan lah waktu awal-awal muzik video itu, tertulis ‘Pan -Asian Deep Learning Conference’ yang dikatakan terletak di Kuala Lumpur pada tahun 2028 nanti.

Kemudian kelihatan JT berpakaian seperti Steve Job sedang menerangkan mengenai sebuah android yang ‘multi-tasking’.

Ads

 

[VIDEO] Nama Malaysia Jadi Sebutan Dalam Muzik Video Terbaru Justin Timberlake

Ads

Di pertengahan muzik video itu, sempat pula andorid itu menari seolah-olah sedang membuat konsert.

MH dah tonton dah muzik video tersebut, memang terbaik! Tetapi kami tertanya-tanya juga mengapa JT memilih untuk menggunakan set seperti itu.

Ads

Selain itu, MH bangga juga lah sebab awal-awal dah letak nama Malaysia kan? kita sebagai rakyat negara ini boleh juga tumpang sekaki.

Dalam pada itu, video klip yang juga trending di Youtube turut mendapat komen positif daripada rakyat Malaysia sendiri hingga membuatkan ramai yang teruja untuk turut hadir ke ‘konsert’ ini nanti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.