Menerusi posting terkini di akaun Instagram pelakon Sharnaaz Ahmad telah memuat naik satu video.
Pelakon yang berasal dari George Town, Pulau Pinang itu telah berkongsi ketika dia memasak gulai sambal hitam bersama pengikutnya di Instagram.
“Sambal Hitam Kurang Ajaq Ya nama memang agak kasaq.. mak cik bawang mau rileks sat naa.. kurang ajaq bahasa penang banyak maksud.. dan untuk ini maksudnya “jahat” “pedas” “rancak” .. jadi disini ini lah rahsia sy nak share hari rabu ni seperti yg dijanjikan..”
Ads
“apa ingat aku kaki bangku ka tak reti masak? amacam lagu?? Nindiaaa lagu anak antoo penang selamanya.. amacam berani cuba sambal kurang ajaq by sharnaaz ahmad? Nak rasa tak? Confirm pedas cakaq dinding.. #sambalhitamkurangajar”tulisnya.
Hari ini genapalah usia perkahwinan penyanyi Shila Amzah dan suaminya, Haris Idraki Elias yang ke satu tahun.
Shila juga ada berkongsi video di Instagramnya yang memaparkan dia dan suaminya sedang karaoke lagu I Will Survide nyanyian Gloria Gaynor.
“Happy 1st year anniversary sayang @hariselias .. And more to come! Alhamdulillah Dah setahun baby, tak terasa pun.. Sekejab je.. Banyak benda kita belajar tentang each other.. Ups and downs yang kita hadapi… I want to be a better wife for you baby, in sha Allah.. In sha Allah baby peanut akan jadi hadiah pengikat kasih sayang kita ? I love you baby. (BRB nak nangis tepi katil jap.. ?)
“Special thanks utk semua yang terlibat time kitorg tunang 2 years ago.. And kahwin a year ago,” tulis Shiha.
Pelakon Hafidz Roshdi mengakui dia tidak rasa isu dirinya yang sering ‘payung’ badan sasa menerusi media sosial keterlaluan hingga mengundang persepsi negatif pengguna media sosial.
Ini kerana, Hafidz menjelaskan dia masih tahu batas dan tetap menutup aurat pada bahagian pusat andai berkongsi foto menampakkan susuk tubuhnya itu.
“Sebenarnya, sebelum jadi pelakon lagi saya memang sudah aktif bersenam di gim untuk dapatkan bentuk tubuh ideal.
“Malah saya pun suka ambil gambar selepas bersenam pun. Cuma bila sudah aktif berlakon, ada ketikanya rutin di gim tak dapat dilakukan secara teratur.
“Sebab itulah bila ada tempoh senggang yang panjang, saya kembali lakukan hobi sama. Kalau yang kenal saya, tahulah minat saya, jangan salah faham,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai padangannya terhadap kritikan sesetengah netzien yang menganggap ia dilakukan bekas finalis Hero Remaja itu sebagai suatu cara untuk kembali ‘promosi diri’, Hafidz ada jawapan sendiri.
“Setiap persepsi yang mereka beri, saya tak boleh nak halang. Kalau yang mengenali diri saya, saya memang sempoi sahaja. Malah, isteri pun tahu saya memang macam tu sejak dulu.
“Malah kalau ada yang pernah ikuti saya menerusi Instagram lama (yang telah digodam), memang saya akan tutup bahagian pusat. Kalau terpaksa pun, saya akan tutup dengan mengenakan tali pinggang khusus ketika workout.
“Isteri tidak kata apa, dia okay saja. Bukan nak beri jawapan yang selamat, tapi itulah hakikatnya. Bukan sengaja nak tarik perhatian pun,” jelas Hafidz yang sibuk di lokasi drama 20 episod, Manuskrip Cinta di samping Siti Saleha untuk siaran TV Ok.
Terdahulu, Hafidz ditemui media pada majlis pelancaran cawangan pertama kedai menjual produk alternatif berhenti merokok NCIG di Desa Sri Hartamas, pada Sabtu.
Majlis terbabit turut dihadiri pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang dan rakan-rakan artis lain seperti Aedy Ashraf, Hefny Sahad dan Farhan Asri.
“Kalau nak diikutkan, saya memang perokok sebelum mendirikan rumah tangga, bagaimanapun saya beralih kepada produk alternatif berhenti merokok pula,” akhirinya.
Untuk informasi lanjut mengenai produk berkenaan, layari www.ncig.com.my.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...