Uncategorized

[VIDEO] “Naik Bersimpul Bulu Roma Pak Imam,”- Fakrul Unic Share Video Berkaitan Jenazah Mak Nyah

Share

Anggota Kumpulan Nasyid Unic, Fakhrul merupakan salah seorang selebriti yang lantang bersuara mengenai isu LGBT, khasnya lelaki yang menyerupai wanita.

Terbaru, dia memuat naik entri baru mengenai cara mandian jenazah mereka yang ‘bertukar jantina’ serta meletakkan video mengenai perkara itu.

“Bagi yang dah tukar, dan berniat untuk bertukar, naik bersimpul bulu roma pak imam,” tulisnya.

 

Perkongsian Fakhrul mendapat perhatian peminat dan rata-rata mereka memberikan sokongan dalam hal tersebut.

Isu LGBT ini mula hangat diperkatakan apabila pendakwah bebas, PU Amin memuat naik entri di laman Instagramnya mengecam perkara tersebut.

Dia juga turut memulakan kempen boikot golongan tersebut dalam usaha membawa mereka kembali ke jalan yang diredhai ALLAH SWT.

Foto: Instagram Fakhrul Unic

IKLAN